
Harga Diesel Di Semenanjung RM3.35 Seliter Bermula Isnin, 10 Jun
Namun harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebentar tadi mengumumkan harga runcit bahan api diesel di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter mulai Isnin (10 Jun).
Namun harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Amir Hamzah dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan penetapan harga runcit diesel ini dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI (RM200) yang juga bermula tengah malam ini.
Menurut Sinar Harian, penetapan harga ini dibuat mengikut formula formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ iaitu mengikut harga pasaran dengan harga permulaan RM3.35 diambil berdasarkan purata bulan Mei 2024.
Langkah ini menyaksikan harga diesel akan dikemaskini dan diumumkan setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan.
Harga diesel untuk sektor layak berbeza
Melalui pelaksanaan itu, kerajaan turut menetapkan harga diesel kepada sektor-sektor yang layak iaitu:
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah ‘fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan’ terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat seperti bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba iaitu RM1.88 seliter.
- Diesel bersubsidi untuk nelayan iaitu pada harga RM1.65 seliter.

Amir dalam masa sama turut mengumumkan permohonan untuk mendapatkan subsidi bersasar akan terus dibuka dan menyeru sesiapa yang layak namun belum mendaftar dengan program Budi Madani untuk berbuat demikian.
Siapa yang tidak layak?

Baca artikel berkaitan: