fbpx
Now Reading
Wanita Di Klang Maut, Dipercayai Dikelar Suami

Wanita Di Klang Maut, Dipercayai Dikelar Suami

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 12 luka hiris dan kelar antaranya di bahagian telinga kiri, pipi kiri, dagu, leher dan bahu kanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suami berperanan sebagai pencari nafkah utama dalam kehidupan berumah tangga serta pelindung kepada isteri dan anak manakala isteri pula bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan mahligai yang dibina kekal bahagia.

Namun entah di mana silapnya, sejak belakangan ini, seringkali kedengaran isu atau jenayah yang membabitkan suami ataupun isteri.

Wanita Maut Dibunuh, Ditemui Dalam Keadaan Terbaring

Terbaharu, seorang wanita yang bekerja sebagai operator kilang ditemui maut di kediamannya yang terletak di Pangsapuri Palma Bandar Botanik Klang Selangor.

Mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemui di rumahnya dalam kejadian kira-kira jam tujuh pagi pada Jumaat (7 Jun) dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan sebelah kanan.

Insiden menyayat hati itu dimaklumkan sendiri oleh adik suspek yang membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis kira-kira jam 7.58 pagi.

Ada Masalah Rumahtangga Sejak Dua Tahun Lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mempunyai masalah rumah tangga sejak dua tahun perkahwinan mereka.

“Pasangan itu meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam bulan,” katanya.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 12 luka hiris dan kelar antaranya di bahagian telinga kiri, pipi kiri, dagu, leher dan bahu kanan.

“Punca kematian adalah luka kelar pada bahagian leher yang memotong kulit, lapisan bawah kulit, otot leher sebelah kiri, saluran pernafasan dan tulang leher,” katanya menerusi satu kenyataan.

Suspek Ditahan Pada Hari Yang Sama

Tambah Hoong Fong, suspek yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan pada hari yang sama oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D9, Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun 2024.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh orang yang memperuntukkan hukuman gantung atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati dan hendaklah dihukum dengan sebat tidak kurang 12 sebatan,” katanya.

Jelas Hoong Fong lagi, siasatan sedang dijalankan dan beberapa saksi termasuk ahli keluarga terdekat akan dipanggil bagi dirakam keterangan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Klang Selatan – Kes Bunuh.

Posted by Polis Klang Selatan on Sunday 9 June 2024

Terdahulu, turut tular di aplikasi X video sepasukan pihak polis yang sedang mengangkat mangsa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

Video yang berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam oleh penduduk setempat dan dikongsikan diplatform media sosial berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Suami Dibunuh Gara-Gara Halang Isteri Buat Video Reels Di Instagram

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.