Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati di Damansara Damai telah ditahan pihak berkuasa.
Jelas beliau, penahanan kedua-dua mereka adalah untuk membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.
“Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bestari.
“Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok,” katanya dipetik Berita Harian.
Memetik Awani pula, penahanan mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pengesahan ini sekaligus mengesahkan laporan media berhubung penahanan kedua-dua individu terbabit.
Terdahulu laporan tersebut yang memetik sumber menyebut datuk dan nenek Zayn Rayyan pada sekitar jam 2.30 petang selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Peguam bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin yang mengesahkan tangkapan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.