fbpx
Now Reading
Johor Mohon 30% Hasil Cukai Negeri Dikembalikan Untuk Pembangunan Bangsa

Johor Mohon 30% Hasil Cukai Negeri Dikembalikan Untuk Pembangunan Bangsa

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat adalah tidak salah Johor membuat permintaan khusus itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap individu, syarikat atau perkhidmatan. Ia merupakan hasil yang akan digunakan dalam sesebuah pembangunan negara.

Oleh sebab itu, cukai dilihat sebagai instrumen penting dalam membentuk dan membangun sesebuah negara itu.

Mahu Bangsa Johor Nikmati Pembangunan Lebih Baik

Terbaharu, Kerajaan Johor memohon sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberi kepada negeri itu.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, permohonan itu bertujuan untuk memastikan ‘Bangsa Johor’ menikmati pembangunan yang lebih baik.

“Selari dengan dengan titah DYAM Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail baru-baru ini, kerajaan Johor telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberikan kepada Johor.

“Perkara ini penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk segala pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Turut Bincang Mengenai Pembangunan Baharu Negeri Johor

Jelas Onn Hafiz, permohonan itu telah dibuat ketika sesi terima mengadap Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican semalam (11 Jun).

Pertemuan itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar Sarman.

Dalam hantaran sama, Onn Hafiz memaklumkan terdapat perkara lain yang turut dibincangkan seperti cadangan pembinaan persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sungai Sedili Besar serta program pemuliharaan Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru.

“Turut dibincangkan adalah projek khas berimpak tinggi negeri Johor iaitu cadangan pembangunan Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bagi sistem pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia dan cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) dari Mersing – Kota Tinggi – Johor Bahru,” ujarnya lagi.

Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Selari dengan dengan titah DYAM Pemangku Sultan…

Posted by Onn Hafiz Ghazi on Tuesday 11 June 2024

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat adalah tidak salah Johor membuat permintaan khusus itu.

Ini kerana kerajaan Persekutuan sebelum ini banyak melayan permintaan Sabah dan Sarawak.

“Maka apa salahnya Johor buat permintaan khusus. Ini bukan soal Sabah dan Sarawak ada MA63. Ini soal ‘keperluan, kebolehan dan empowerment. Ia tidak lari dari konsep federalisme.

“Johor ada keperluan mendesak untuk sistem pengangkutan awam dan infrastruktur canggih. Matlamat Maju Johor 2030 adalah nyata,” tulisnya di Facebook.

PUSAT WAJIB TUNAI PERMINTAAN 30% HASIL CUKAI JOHOR Saya sokong permintaan Kerajaan Negeri Johor agar 30% hasil cukai…

Posted by DrPuad Zarkashi on Tuesday 11 June 2024

Pada Ahad (9 Jun) yang lalu, Tunku Mahkota Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dalam satu kenyataan baginda di sesi podcast yang berlangsung pada Program Johor Youth Meet-up mencadangkan negeri itu mewujudkan Gabungan Bangsa Johor agar sentimen politik dan kepentingan negeri diputuskan oleh rakyat negeri itu sendiri.

Tambah baginda, gabungan itu boleh memperbaiki sistem di negeri Johor demi kepentingan kehidupan generasi masa hadapan.

“Kita perlu lihat kepentingan sesuatu agenda itu apa yang memberi manfaat kepada negeri kita. Sampai bila Johor nak jadi pengemis.

“Biar Johor jaga kepentingan negeri kita sebab di Putrajaya, mereka tidak faham sentimen keperluan kita, saya nak tengok yang bangunkan negeri ini anak-anak Johor, bukan orang lain.

“Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dengan ada gabungan ini.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titah baginda menerusi sesi tersebut.

@bfmradio

“Sampai bila Johor nak jadi pengemis?” Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa kerajaan persekutuan supaya melayan negeri Johor sebagai rakan kongsi dalam podcast Meh Dengo Jap. #tmj #johor#politikmalaysia

♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.