Johor Yang Pertama Tandatangan Perjanjian MacMichael, Serah Negeri kepada British – Tun M
Menurut bekas Perdana Menteri itu, perjanjian terbabit dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung bergabung membantah serta menolaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian MacMichael iaitu menyerahkan negeri terbabit kepada British.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X rasmi miliknya (@chedetofficial), Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M mendakwa dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan ada istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh raja.
Perjanjian dibatalkan apabila orang Melayu bergabung, menolak dan membantah
Menurutnya, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam pertubuhan UMNO dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael serta Malayan Union.
“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung, British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.
“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union,” ciapnya.
Raja-raja Melayu dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan selepas perjanjian dibatalkan
MenurutTun M lagi, selepas perjanjian terbabit dibatalkan, raja-raja Melayu mendapat kembali kuasa sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berpalimen.
“Demikian sejarah. (semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives),” ciapnya lagi.
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 12, 2024
1. Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael menyerah Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.
2. Perjanjian itu dapat dibatalkan apabila…
Kenyataan Tun M dilihat sebagai maklum balas terhadap titah TMJ baru-baru ini
Memetik Awani, kenyataan Tun M dilihat sebagai maklum balas terhadap titah yang dikeluarkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berhubung reformasi sistem Persekutuan.
Sebelum ini, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ menggesa reformasi sistem Persekutuan dilakukan dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.
TMJ calls for Johor to be treated as a federal partner#FMTEng #FMTNews pic.twitter.com/1pVVXgBz5r
— Free Malaysia Today (@fmtoday) June 10, 2024
Rintitan daripada peristiwa itu, Johor hari ini memohon (12 Jun) Johor memohon sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberi kepada negeri itu.
Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, permohonan itu bertujuan untuk memastikan ‘Bangsa Johor’ menikmati pembangunan yang lebih baik.
Baca Artikel Berkaitan: Johor Mohon 30% Hasil Cukai Negeri Dikembalikan Untuk Pembangunan Bangsa