fbpx
Now Reading
Bengkel Kereta Mewah Diserbu, Disyaki Upah Remaja Seawal Usia 13 Tahun

Bengkel Kereta Mewah Diserbu, Disyaki Upah Remaja Seawal Usia 13 Tahun

Menurut Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, tiga warga tempatan termasuk seorang wanita merupakan pemilik, pengurus dan akauntan turut ditahan ketika serbuan dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gaji atau upah pekerja merupakan kos yang ditanggung oleh majikan dalam sebuah organisasi. Oleh sebab itu, ada segelintir majikan yang mengupah pekerja berkebolehan melakukan lebih dari satu kerja sebagai jalan penjimatan.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab serta mengambil jalan mudah dengan mengupah kanak-kanak dan memberikan gaji yang sedikit sebagai cara untuk mengurangkan kos.

Kanak-Kanak Umur 13 Tahun Kerja Sebagai Pembantu Bengkel

Baru-baru ini, sebuah bengkel kereta mewah di Taman Perindustrian Utama, Puchong diserbu polis kerana disyaki merekrut lima buruh asing yang berusia seawal 13 tahun.

Dalam serbuan yang dilakukan menerusi Ops Pintas, kesemua remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun itu diselamatkan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 12.10 tengahari semalam (12 Jun).

Difahamkan, remaja warga Myanmar yang berusia 13 tahun itu dikerah bekerja selama sembilan jam sehari dengan kadar upah sebanyak RM45.

Jelas remaja berkenaan, dia telah bekerja sebagai pembantu bengkel kira-kira setahun yang lalu.

“Saya tinggal dengan ibu bapa di sini, di rumah tak jauh dari kedai ini.

“Saya buat pelbagai kerja baiki kereta terutama kerja-kerja baiki body dan kerja-kerja mengecat,” katanya.

Tiga Warga Tempatan Termasuk Seorang Wanita Ditahan

Menurut Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, operasi itu telah membawa kepada penahanan 22 warga Myanmar yang berusia 20 hingga 51 tahun yang juga disyaki pekerja premis.

Menerusi serbuan itu juga, tiga warga tempatan termasuk seorang wanita merupakan pemilik, pengurus dan akauntan.

“Tiga warga tempatan berusia 41 hingga 46 tahun ini akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Serbuan Selamatkan 5 Remaja Warga Myanmar

Jelas Soffian, lima remaja warga Myanmar berjaya diselamatkan dalam operasi dengan kerjasama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri.

Tambahnya, kesemua pekerja dan mangsa sedang membuat kerja-kerja baik pulih dan memasang alat ganti kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati premis baik pulih kenderaan itu telah beroperasi selama hampir 20 tahun,” ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Baca Artikel Berkaitan: JKM Selamatkan 2 Remaja Bawah Umur, Disyaki Dipaksa Ibu Kerja Menyanyi Hingga 3 Pagi

Baca Artikel Berkaitan: Tak Pernah Ambil Upah Tolong Ibu Berniaga Sejak Berumur 10 Tahun, Kisah Adik Ilham Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.