fbpx
Now Reading
Didakwa Abai Zayn Rayyan, Zaim & Ismanira Mengaku Tak Bersalah

Didakwa Abai Zayn Rayyan, Zaim & Ismanira Mengaku Tak Bersalah

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berkenaan pada Disember 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin telah ditahan reman selama 13 hari di Mahkamah Petaling Jaya untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme berkenaan.

Mereka yang berusia 29 tahun itu direman di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan, pasangan itu sebelum ini telah ditahan di sekitar kawasan Puncak Alam.

Ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tak bersalah atas dakwaan mengabaikan kanak-kanak autisme pada Disember lalu

Terbaharu, ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan pada Disember 2023.

Walau bagaimanapun, pasangan itu mengaku tak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka ketika di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit didakwa bersama-sama telah mengabaikan Zayn Rayyan yang berusia 6 tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Jalan PJU Damansara Damai, Selangor pada jam 12 tengah hari pada 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember yang lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” ujar kedua ibu bapa Zayn Rayyan dengan tenang sewaktu ditanya, dipetik Kosmo.

Ibu Zayn Rayyan beritahu tak sihat dan alami muntah ketika disoal sebelum pertuduhan dibacakan

Terdahulu kedua-dua mereka telah ditanya sama ada sihat atau tidak sebelum pertuduhan dibacakan. Zaim Ikhwan yang juga bapa Zayn Rayyan menjawab sihat manakala ibu kanak-kanak itu memaklumkan tidak sihat serta alami muntah.

Fahmi Abd.Moin dan Mahmud Abdul Jumaat merupakan peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak terbabit manaka pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya iaitu Ku Hayati Ku Haron.

Semalam (12 Jun), datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Datuk & Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.