fbpx
Now Reading
Adik Lelaki Zayn Rayyan Akan Dijaga JKM Selama 2 Bulan

Adik Lelaki Zayn Rayyan Akan Dijaga JKM Selama 2 Bulan

Pengarah JKM Selangor turut mengesahkan berhubung maklumat adik kepada Zayn Rayyan kini berada dibawah jagaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (13 Jun), ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berkenaan.

Zaim Ikhwan Zahari (bapa) dan Ismanira Abdul Manaf (ibu) bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seskyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Sebelum ini, pasangan itu telah ditahan dan direman untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak tersebut.

Baca artikel berkaitan: Didakwa Abai Zayn Rayyan, Zaim & Ismanira Mengaku Tak Bersalah

Adik Zayn Rayyan kini di bawah jagaan JKM Selangor

Terbaharu, adik kepada Zayn Rayyan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Difahamkan JKM Selangor telah berkunjung ke rumah keluarga ibu bapa kanak-kanak terbabit yang terletak di Puncak Bestari sebelum adik Zayn dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan, lapor Berita Harian.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah JKM Selangor iaitu Azmir Kassim sewaktu dihubungi Harian Metro.

Kanak-kanak turut di bawa ke hospital untuk pemeriksaan

Jelas beliau ada keperluan untuk pihak JKM mengambil kanak-kanak berkenaan.

“Bgaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” ujarnya.

JKM dapat perintah jagaan sementara selama 2 bulan

Dalam perkembangan terbaharu, beliau memaklumkan JKM sudah pun mendapat perintah jagaan sementara adik lelaki kepada arwah. Justeru dia akan ditempatkan di Institusi Kebajikan.

Ini selepas Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah itu di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak-Kanak 2001 pada Jumaat, 14 Jun.

“Kanak-kanak (itu) akan ditempatkan di Institusi Kebajikan untuk tempoh 2 bulan ‘pending’ (bergantung) penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai,” katanya dipetik Kosmo.

Tambah Azmir lagi, dalam tempoh tersebut, JKM Selangor juga akan melakukan penelitian untuk menentukan siapa yang layak menjadi penjaga kanak-kanak itu.

“Dalam tempoh (dua bulan) tersebut, kita akan menentukan siapa penjaga berkelayakan untuk menjaga kanak-kanak tersebut,” katanya. –

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.