
Notis Makluman Waktu Operasi Pengebumian Jenazah Adalah Palsu – Majlis Bandaraya Diraja Klang
Dalam satu lagi hantaran berasingan, pengurus jenazah yang dikenali sebagai Wancai mendakwa notis palsu berkenaan dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Korporat MBDK.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang hidup pasti akan mati, begitulah lumrah kehidupan manusia di muka bumi ini yang tidak selamanya kekal dan abadi.
Kematian seseorang adalah tanpa mengira waktu, maka majlis pengebumian juga dilakukan pada waktu berbeza-beza mengikut pengurusan jenazah dan ahli keluarga si mati.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu notis makluman daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang menyatakan tentang waktu operasi pengebumian.
Tular notis makluman pengebumian jenazah di Selat Klang dari 8 pagi hingga 5 petang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @mrwancaiofficial77, kelihatan waktu operasi bagi pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang adalah bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang untuk setiap hari (Isnin-Ahad).
Di dalam notis itu lagi, turut dimaklumkan adalah waktu pengebumian terakhir jenazah yang bermula dari jam 4.30 petang.
“Arahan waktu operasi ini berkuatkuasa bermula pada 13 Jun 2024,” tulis notis itu lagi.
Notis makluman waktu operasi pengebumian jenazah adalah palsu
Pun begitu, MBDK menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya menyatakan bahawa notis makluman terbabit adalah palsu.
Namun, pihak majlis bandaraya berkenaan tidak memberi sebarang kenyataan lanjut berkenaan penyebaran notis makluman palsu itu.
Terdahulu, notis berkenaan mendapat perhatian ramai susulan ia dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok berkenaan, Wancai yang juga seorang pengurus jenazah.
Menurut Wancai, operasi pengebumian yang hanya pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang itu akan menimbulkan pelbagai permasalahan terutamanya melibatkan jenazah yang perlu segera dikebumikan.
Dakwa notis makluman dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Korporat MBDK
Dalam satu lagi hantaran berasingan, Wancai turut berkongsi notis terbaharu yang dikeluarkan oleh MBDK itu.
Dakwanya, notis berkenaan dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Korporat MBDK.
“Lepas viral MBDK kata notis mengenai waktu operasi kubur itu tidak sah. Persoalannya siapakah gerangan manusia yang keluarkan notis makluman palsu ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tekan link di sini.
Sebagai info, umat Islam disunatkan menyegerakan pengebumian. Ini termasuk proses memandikan, mengkafankan, mengangkat serta mengusungnya ke tanah perkuburan.
Menurut Maktabah Al Bakri, Tujuannya adalah supaya mereka segera menuju kepada kebaikan yang dijanjikan jika mereka termasuk dalam kalangan orang soleh. Selain itu, ia juga dikatakan bertujuan mengelakkan mayat membusuk atau rosak.
Tujuannya adalah supaya mereka segera menuju kepada kebaikan yang dijanjikan jika mereka termasuk dalam kalangan orang soleh. Selain itu, kami melihat di antara tujuannya juga adalah supaya mayat mereka tidak sempat lagi membusuk atau rosak.