Pemandu Persona Acu Objek Seakan Pistol Di Kuala Terengganu Kini Diburu Polis
Menurut Azli, kejadian di Jalan Sultan Mahmud itu tidak mempunyai kaitan dengan kes penculikan seperti yang ditularkan sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, kecoh di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lelaki mengacukan suatu objek seakan sepucuk pistol di Kuala Terengganu.
Menerusi video tular berdurasi 38 saat itu, kelihatan pemandu kereta jenis Proton Persona berwarna putih terbabit sedang mengacukan objek terbabit menerusi tingkap.
Naik pembahagi jalan untuk menyeberangi jalan sambil acu objek seakan pistol
Lelaki berkenaan kemudiannya dilihat menaiki pembahagi jalan (road dividers) sebelum menyeberangi jalan di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga memaksa kenderaan yang lain berhenti.
Selain itu, turut tular beberapa mesej suara yang mengaitkan kejadian dengan kes penculikan pelajar sekolah.
Pistol air ke 🤔
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 13, 2024
13/6/24 acu pistol Kat stesen petronas batu buruk, terengganu
Kredit video Owner pic.twitter.com/HR7Gp1wctK
Polis giat buru pemandu Proton Persona putih
Susulan kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud pada semalam itu, pihak polis kini sedang giat mengesan pemandu lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 4 petang dan siasatan sedang dijalankan.
“Setakat ini, kita menerima dua laporan mengenai kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta berwarna putih.
Tiada kaitan dengan kes penculikan
Menurut Azli, kejadian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kes penculikan seperti yang ditularkan sebelum ini.
“Kita sedang mengesan suspek dan ini bukan kes penculikan seperti yang ditularkan.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.