fbpx

30 Pasangan Malaysia Datang Ke Selatan Thailand Setiap Bulan Untuk Nikah & Poligami

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah itu pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkahwinan merupakan impian bagi setiap individu khususnya pasangan kekasih. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kita akan berusaha sehabis baik bagi merealisasikan impian tersebut setelah berjumpa dengan orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Namun, tidak semua pasangan khususnya di Malaysia berpeluang untuk mengadakan perkahwinan di negara ini atas faktor tertentu.

Oleh kerana itu, ada di antara rakyat Malaysia yang memilih untuk bernikah di luar negara seperti selatan Thailand bagi merealisasikan hasrat tersebut.

30 Pasangan Dari Kuala Lumpur, Kelantan & Terengganu Datang Untuk Bernikah

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah itu pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat, rata-rata pasangan yang mahu berpoligami sanggup datang dari jauh ke wilayah tersebut bagi menjadi pasangan yang sah semata-mata untuk menghalalkan hubungan.

Poligami Antara Faktor Pasangan Pilih Untuk Nikah Di Thailand

Jelas beliau, poligami menjadi antara punca ramai pasangan Malaysia memilih untuk melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand.

Namun bagi Aziz, tindakan tersebut tidak seharusnya dipandang sinis dan masyarakat perlu berfikiran terbuka.

“Bagaimanapun perkahwinan yang dilangsungkan di selatan Thailand tidak semudah disangka kerana ada syarat tersendiri termasuk memeriksa latar belakang pasangan.

“Antara syarat wajib, jika pasangan wanita itu janda atau balu kita perlu melihat surat cerai atau sijil mati pasangannya terlebih dahulu. Sekiranya syarat itu tidak dipatuhi atau meragukan pasangan berkenaan tidak akan dinikahkan,” kata beliau yang dipetik daripada Bernama

Walaupun nampak mudah, namun dia mendedahkan pihaknya tidak secara semborono menikahkan mereka kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan mereka selepas ini sekiranya berbohong.

Malah, setiap pasangan yang ingin berpoligami di Thailand perlu membuat pengesahan di Pejabat Konsulat Besar Malaysia dan daftarkan perkahwinan di Malaysia bagi mengelak sebarang fitnah dan hak pasangan wanita sekiranya mempunyai anak pada masa hadapan.

Sekadar info, berdasarkan Seksyen 40 (2) Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, jika pasangan lewat atau gagal mendaftarkan perkahwinan melebihi enam bulan, mereka akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Pejabat Agama Islam Di Thailand Bakal Serah Nama Rakyat Kedah Yang Kahwin Di Siam

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Perlu Kebenaran Isteri Pertama Jika Daftar Perkahwinan Di Perlis Selepas Nikah Di Thailand

Baca Artikel Berkaitan: Pakej Nikah di Thailand, Hanya RM2,500 Siap Bawa Pasangan Jalan-Jalan Tarik Perhatian Netizen [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.