fbpx
Now Reading
Penyelam Malaysia 22 Tahun Meninggal Dunia Semasa Bersihkan Kapal Di Singapura

Penyelam Malaysia 22 Tahun Meninggal Dunia Semasa Bersihkan Kapal Di Singapura

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, dalam kejadian itu, mangsa tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pekerja warganegara Malaysia dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Eastern Anchorage, Marina South Pier, Singapura pada Selasa lalu (18 Jun).

Pekerja berusia 22 tahun itu meninggal dunia semasa melakukan kerja-kerja pembersihan labung kapal sekitar jam 2.10 petang.

Mangsa tersangkut pada salah satu kipas bot

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, dalam kejadian itu, mangsa tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

“Pekerja itu dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan semalam (19 Jun) dipetik Harian Metro.

Menurutnya, MOM sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan pihak majikan pekerja terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu lagi.

Perlu guna peralatan khas bagi operasi menyelam komersial

Menurut jurucakap itu lagi, peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi serta komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa dalam operasi.

Berkongsi lanjut, jurucakap berkenaan berkata, peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Dalam pada itu, memetik CNA, pihak polis berkata, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mendapati tiada sebarang unsur jenayah disyaki dan siasatan masih dijalankan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.