fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul Isteri Selepas Kantoi Curang Di Hotel Mengaku Tidak Bersalah

Lelaki Pukul Isteri Selepas Kantoi Curang Di Hotel Mengaku Tidak Bersalah

Peguam dari YBGK itu kemudiannya meminta jaminan untuk dikurangkan kepada RM2,500 kerana tertuduh bekerja sebagai juruteknik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang memukul isterinya berkali-kali selepas dia didakwa curang dengan wanita lain.

Dalam video tersebut, kelihatan isteri kepada lelaki berkenaan telah bersemuka dengan suaminya di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan selepas mengesyaki kecurangannya.

Video yang mengundang rasa tidak selesa orang ramai itu turut mendapat perhatian pihak polis. Satu kertas siasatan juga telah dibuka berhubung isu terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga.

Baca artikel berkaitan: Polis Siasat Video Tular Suami Pukul Isteri Lepas Kantoi Curang Di Port Dickson

Lelaki kantoi curang mengaku tak bersalah

Hari ini (25 Jun) lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Ridwan Mat Nasir berusia 37 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki terbabit menggunakan kekerasan kepada wanita yang juga isterinya di hotel berkenaan pukul 9.50 pagi pada 24 Mei lepas.

Boleh dipenjara sehingga 6 bulan atau denda maksimum RM2,000

Ekoran itu, Mohd Ridwan telah didakwa membuat kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sewaktu prosiding, Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Nor Asiah Mahmud telah mencadangan RM10,000 jaminan dengan seorang penjamin.

Minta wang jaminan dikurangkan kerana hanya kerja sebagai juruteknik

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu A Krishnaveni.

Krishnaveni kemudiannya meminta agar wang jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai juruteknik.

Sebaik permohonan dibuat, mahkamah lalu menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM2,500 dengan penjamin dan syarat tertuduh tak dibenarkan untuk mengganggu mangsa (isteri) sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 23 Julai depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.