fbpx
Now Reading
Prolintas Sahkan Beberapa Staf Ditahan SPRM

Prolintas Sahkan Beberapa Staf Ditahan SPRM

Terdahulu media melaporkan seorang CEO syarikat konsesi lebuh raya antara lapan yang ditahan SPRM berhubung kes rasuah RM1.6 bilion.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (25 Jun) media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lapan individu berhubung kes rasuah.

Lapan individu berkenaan termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua pengurusan tertinggi sebuah syarikat konsesi lebuh raya itu telah ditahan selepas dipercayai meminta serta menerima rasuah melibatkan pembinaan dua projek lebuh raya di sekitar Lembah Kelang yang berjumlah lebih RM1.6 billion.

CEO dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya itu kemudiannya direman selama empat hari sehingga Jumaat (28 Jun) manakala empat lagi iaitu pemilik syarikat pula direman sehingga Khamis (27 Jun).

“Pemilik syarikat itu pula membabitkan lima lelaki yang kesemua berusia sekitar 40 hingga 50-an ditahan dalam Ops Lintas antara jam 8 hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada pemilik-pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion,” kata sumber, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya turut mengesahkan berhubung penangkapan lapan individu berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Prolintas sahkan kakitangan ditahan SPRM

Terbaharu, Prolintas telah tampil mengesahkan berhubung penahanan kakitangannya itu untuk membantu siasatan berkaitan kes pembinaan.

Jelas syarikat itu, pihaknya maklum berhubung beberapa kakitangannya yang ditahan dan sedia untuk memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

“Prolintas mengambil maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan reman oleh SPRM.

“Kami akan bekerjsama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan rasmi, semalam (25 Jun).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.