2 Lelaki Pura-Pura Bertanya Sebelum Ragut Wanita Alami Kereta Rosak Di Tepi Jalan
Tak sampai 24 jam, dua lelaki yang dipercayai meragut wanita di lebuhraya Kesas telah ditahan polis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kejadian kenderaan rosak di tepi jalan merupakan satu perkara tak terduga yang sering berlaku.
Malah ada yang terpaksa berdiri di tepi jalan untuk tempoh yang lama kerana menunggu pihak mekanik untuk membaiki kenderaan tersebut.
Seorang wanita diragut ketika berhenti tepi jalan kereta rosak
Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan seorang wanita diragut sewaktu berada di Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
Menerusi video dashcam dari sebuah kenderaan melalui , awalnya kelihatan sebuah kenderaan berwarna putih sedang berhenti di tepi jalan di susur keluar ke arah Kota Kemuning.
Kenderaan itu difahamkan sedang mengalami kerosakan dengan bonet depan dilihat terbuka. Namun sebaik sahaja kereta dashcam menghampiri kenderaan tersebut kelihatan sebuah motosikal yang dinaiki dua individu sedang menyamun wanita yang berada di tepi jalan.
Wanita terjatuh di atas jalan raya ketika diragut
Insiden yang berlaku turut menyebabkan wanita tersebut terseret di atas jalan raya dan kenderaan yang melihat kejadian itu membunyikan hon sebagai tanda amaran.
Malah pemilik dashcam tersebut turut menyebut nombor pendaftaran motosikal berkenaan dalam bahasa Cina.
Kes di Kesas semalam..
— JalaI Misai (@jllmisai) June 26, 2024
Akak tu kereta rosak tepi jalan, dia berhenti pura-pura nak bantu.. Lepas tu disamunnya akak tu.. Hari ni kedua-duanya dah ditangkap.. pic.twitter.com/hMk1sKIGM2
2 lelaki ragut wanita ditahan
Namun tidak sampai 24 jam insiden berlaku, kedua-dua suspek yang juga lelaki telah ditahan pihak polis di sekitar kawasan Klang pada 26 Jun.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim insiden terbabit berlaku jam 7 pagi pada 25 Jun di tepi Kesas sebelum mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pelajabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Pura-pura bertanya sebelum meragut
Mangsa yang diragut merupakan seorang wanita tempatan berumur 58 tahun.
“Kedua-dua suspek pada mulanya berhenti bersebelahan kereta mangsa dan berpura-pura bertanyakan sesuatu dan menawarkan diri untuk membantu, sebelum seorang daripadanya bertindak mengambil dompet berada dalam beg silang yang dipegang oleh mangsa.
“Wanita itu kemudian bertindak menangkap tangan pembonceng motosikal tersebut, namun tindakannya itu menyebabkan dia terseret di atas jalan raya hingga cedera manakala suspek terus melarikan diri,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala serta kaki kiri. Selain itu, mangsa juga hilang dokumen pengenalan diri, kad bank dan wang tunai sebanyak RM500.