fbpx
Now Reading
Niat Nak Buat Tatu Sekali Kena Liwat Dengan Pelukis

Niat Nak Buat Tatu Sekali Kena Liwat Dengan Pelukis

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam sebaik pelukis tatu menyapu minyak mangsa difahamkan terus tidak sedarkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tatu merupakan salah satu seni rekaan yang dilakukan oleh segelintir individu pada badan. Namun proses untuk melakukan rekaan agak menyakitkan.

Oleh itu, ada yang mengambil inisiatif untuk tidur, memakan ubat, dan sebagainya sebelum mula melakukannya bagi menahan rasa perit sebelum pelukis tatu mencacah corak pada badan pelanggan.

Pelanggan dakwa diliwat ketika buat tatu

Namun hajat seorang lelaki untuk memiliki tatu berakhir dengan episod hitam apabila mendakwa telah diliwat oleh pelukis tatu, pada 26 Jun lalu.

Insiden tersebut berlaku selepas pemuda berusia 24 tahun berkunjung ke premis di sekitar Lembah Klang untuk melukis tatu pada badannya kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar lelaki berkenaan hanya ingin mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan di premis terbabit.

Awalnya nak lukis bunga di tangan sebelum tak sedarkan diri

Katanya, lelaki itu awalnya dia ingin melukis rekaan bunga pada tangan sebelah kanan sebelum pelukis tersebut menyapu minyak sehingga menyebabkan mangsa akhirnya tidak sedarkan diri dengan keadaan yang berlaku.

“Selepas itu, mangsa tersedar dan mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa kemudiannya terus keluar dari premis dan berasa amat sakit di bahagian dubur serta mengesyaki lelaki itu meliwatnya.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” jelas Shahrulnizam, lapor Kosmo.

Tambahnya lagi, sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.