fbpx

“Untuk Dana & Sebagai Tanda Protes” – Syed Saddiq Mahu Lari 200KM Dari Muar Ke Parlimen

Inisiatif yang dikenali sebagai Langkah Muar itu juga bertujuan bagi meraih dana untuk pusat khidmat raya di kawasan parlimen Muar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, dalam membangun atau memastikan kebajikan masyarakat setempat terjamin, sesebuah kawasan itu memerlukan dana daripada kerajaan.

Ia penting bagi menampung perbelanjaan yang akan digunakan ketika proses pembangunan tersebut.

Namun belakangan ini, sering kali kedengaran keluhan segelintir ahli parlimen khususnya dari blok pembangkang yang mendakwa tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.

Lari 200KM Dari Muar Ke Parlimen, Tanda Protes Tidak Dapat Dana

Terbaharu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berlari sejauh 200 kilometer (KM) dari Muar ke Parlimen sebagai tanda protes kerana tidak mendapat peruntukan sebagai ahli parlimen dari kerajaan.

Inisiatif yang dikenali sebagai Langkah Muar itu juga bertujuan bagi meraih dana untuk pusat khidmat raya di kawasan tersebut.

“Sudah lebih setahun kawasan Parlimen pembangkang tidak dapat peruntukan. Kawasan Parlimen kerajaan sepenggal RM20 juta tetapi pembangkang kosong.

“Kerajaan suruh runding. Saya sudah jumpa Timbalan Perdana Menteri dua kali dan sudah hantar surat tiga kali tetapi masih sama dan tiada perkembangan. Saya tidak boleh putus asa, daripada mengeluh lebih baik saya bertindak.

“Dahulu saya korbankan rambut saya dalam Fundraiser Botak Challenge, buat kelas ThunderBOLD, masak dan jual lasagna serta jadi model untuk jual kurta.

“Kini saya gunakan kaki pula untuk dana di Muar dan sebagai tanda protes,” katanya menerusi video di akaun X.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan sedang merangka draf Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, draf tersebut akan memfokuskan kepada usaha membangun dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Ekoran daripada itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan beliau sendiri akan mewakili Ketua Pembangkang bagi menghadiri pertemuan dengan Fadillah bagi mengetahui perkembangan terkini status peruntukan tersebut.

Malah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga pernah menjelaskan bahawa pihak pembangkang boleh membuat permohonan peruntukan yang memenuhi syarat dan peraturan berdasarkan perbincangan dan rundingan.

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Perlu Puji Perdana Menteri Untuk Dapatkan Peruntukan – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: MP Bukit Gantang Sedia Sokong PM Jika Dapat Peruntukan RM30 Juta

Baca Artikel Berkaitan: MP Gua Musang Dari PN Umum Sokong PM Anwar, Dakwa Demi Bela Kebajikan Penduduk

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.