fbpx
Now Reading
3 Anggota Cedera, Helikopter TDM Mendarat Cemas Di Kem Mahkota Kluang

3 Anggota Cedera, Helikopter TDM Mendarat Cemas Di Kem Mahkota Kluang

Kejadian berlaku ketika sesi latihan penerbangan membabitkan 3 anak kapal yang terdiri daripada jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermaster. Kesemua mereka dikenal pasti mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah pesawat Agusta M81-11 (Agusta A109 LOH) milik Tentera Darat Malaysia (TDM) membuat pendaratan kecemasan semasa sesi latihan penerbangan malam di lapangan terbang Kluang di Johor, pada jam 1.35 pagi hari ini (28 Jun).

Kejadian berlaku ketika sesi latihan penerbangan membabitkan tiga (3) anak kapal yang terdiri daripada jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermaster. Kesemua mereka dikenal pasti mengalami kecederaan.

“Semua anggota kru sedar, tetapi mengalami kecederaan seperti patah tulang belakang dan luka di pelbagai bahagian badan, serta kecederaan lain yang masih belum ditentukan,” kata Sel Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD) dalam satu kenyataan rasmi.

“Mereka berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk rawatan lanjut.”

Mengulas lanjut, tindakan TDM adalah Henti Terbang Sementara (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan. Manakala retifikasi dan one-time inspection akan dilakukan bagi mengembalikan status terbang pesawat dengan segera.

“Serentak dengan itu, sebuah lembaga penyiasatan akan ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian. Kami juga meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan berdoa untuk pemulihan segera semua anggota kru,” tambah kenyataan itu.

Untuk info, dua bulan sebelum ini – dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia bertembung dan terhempas di pangkalan tentera laut Lumut semasa latihan untuk acara ulang tahun ke-90 tentera laut, mengorbankan 10 anggota tentera.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban

BERITA LANJUT MENYUSUL

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.