fbpx
Now Reading
Guru Disiplin Di Melaka Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Lelaki

Guru Disiplin Di Melaka Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Lelaki

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh guru disiplin berkenaan pada pukul 11.30 pagi di bilik guru sebuah sekolah menengah di Bukit Baru di daerah Melaka Tengah pada 9 Disember 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (9 Julai), seorang guru disiplin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menampar muka seorang pelajar beberapa kali di bilik guru sebuah sekolah di negeri berkenaan pada dua tahun lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Mohd. Heirman Isyak juga didakwa menarik rambut pelajar lelaki itu yang ketika kejadian berlaku berusia 17 tahun.

Guru disiplin mengaku tak bersalah, tampar dan tarik rambut pelajar

Memetik Kosmo, bagaimanapun pendidik berusia 48 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Tertuduh sedang diiringi polis (Foto: Kosmo)

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada pelajar berkenaan dengan cara menampar muka beberapa kali dan menarik rambut mangsa.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi di bilik guru sebuah sekolah menengah di Bukit Baru di daerah Melaka Tengah pada 9 Disember 2022.

Guru disiplin boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 jika disabitkan bersalah

Bagi kesalahan itu, Mohd. Heirman didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,

Difahamkan kejadian berlaku selepas pelajar terbabit berjumpa dengan tertuduh di bilik guru untuk meminta kunci bilik multimedia kerana ingin mengambil botol minumannya yang tertinggal.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam yang mewakili tertuduh, Nor Azri Mohd. Arif bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih berkhidmat di sekolah sama dengan gaji bulanan RM7,000 sebulan termasuk elaun.

Katanya, tertuduh juga menanggung dua orang anak yang masih belajar dan menjaga ibunya yang berusia 70 tahun.

Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Majistret Khairunnisak turut menetapkan tarikh 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.