Penunggang Motosikal Wanita Cedera Parah Dihempap Kayu Balak Jatuh Dari Lori Terbalik Di Kelantan
Ketika kejadian, wanita berusia 21 tahun yang juga seorang jurujual dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang manakala lori balak terbabit ingin ke Kuala Lipis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang penunggang motosikal wanita nyaris maut selepas dirempuh dan dihempap kayu balak dari sebuah lori yang terbalik.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 11.23 pagi hari ini (9 Julai) di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.
Memetik Harian Metro, semasa kejadian, sebuah lori yang membawa muatan kayu balak dikatakan terbalik ketika melalui persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Siti Norelyana Kamaruzan tercampak dirempuh kayu berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, wanita berusia 21 tahun yang juga seorang jurujual dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang manakala lori balak terbabit ingin ke Kuala Lipis.
Tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar yang berusia 22 tahun berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan tidak stabil, kini dirawat di Hospital Gua Musang
Menurutnya, sejurus menerima maklumat terbabit, dia bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) dan tunangnya itu dilaporkan dalam keadaan tidak stabil.
“Saya sempat melihat keadaan tunang yang menerima rawatan di Unit Kecemasan dan doktor memaklumkan dia tidak stabil.
“Sehingga kini saya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya mengharapkan doa daripada orang ramai supaya tunang selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo telah mengesahkan tentang kejadian terbabit.
Kata Sik Choon, siasatan lanjut berhubung insiden terbabit sedang dijalankan.
Tular di media sosial video dahscam semasa kejadian
Terdahulu, tular di media sosial satu video ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal wanita terpelanting ke arah sebuah kereta pikap selepas dia dirempuh kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan orang ramai yang berada di tempat kejadian dengan segera memberi bantuan kepada mangsa dengan mengangkat dan mengalihkan kereta pikap berkenaan.
Semoga adik tu terselamat. Kesian sungguh dia.
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) July 9, 2024
Benda ngeri ni memang kita selalu terbayang (aku la) tapi jarang berlaku.
Kejadian balak jatuh dari lori, dipercayai di Gua Musang.
Kita harap @anthonyloke @MOTMalaysia dan @anwaribrahim lebih serius dalam menangani kisah-kisah… pic.twitter.com/vwNiPAMLLm