fbpx
Now Reading
Polis Tahan Bapa Baby Syifaa Berhubung Kes Penipuan Yuran Guaman

Polis Tahan Bapa Baby Syifaa Berhubung Kes Penipuan Yuran Guaman

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 2.45 petang semalam (9 Julai) di Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (9 Julai), polis menahan bapa kepada Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri berhubung kes penipuan berkaitan urusan yuran guaman.

Turut Didakwa Seleweng Dana Wang Sumbangan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 2.45 petang semalam (9 Julai) di Kuala Lumpur oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhnya, YY Community Center,” katanya.

Tambah Ramli lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Peguam Nafi Dana Digunakan Bagi Mulakan Kerja, Akui Tidak Tahu Nama Terlibat

Dalam pada itu, Hafiz Norkhan yang merupakan bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa menafikan wang tersebut digunakan bagi memulakan kerja mewakili kes itu.

Jelas hafiz, dia tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya menyedarinya digunakan selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, timbul khabar angin yang mendakwa bapa Baby Syifaa menyeleweng dana sumbangan orang ramai.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa bapa bayi berkenaan menyeleweng dana sumbangan kes seorang kanak-kanak perempuan di bawah Persatuan yang diberi nama YY Community Center.

Malah, seorang lagi pengguna Facebook juga pernah mendedahkan berhubung penipuan yuran guaman yang didakwa dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Facebook
Foto: Tangkap Layar Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Tidak Benarkan Bapa ‘Baby Syifaa’ Keluar Kenyataan Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Kes Baby Syifaa, Polis Sudah Lengkapkan Siasatan Menyeluruh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.