fbpx
Now Reading
Suami Isteri Influencer Ditahan SPRM, Disyaki Seleweng Kutipan Derma

Suami Isteri Influencer Ditahan SPRM, Disyaki Seleweng Kutipan Derma

Pengarah Kanan Siasatan SPRM mengesahkan pasangan pempengaruh terbabit akan direman untuk siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Derma merupakan sumbangan ikhlas oleh seseorang bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan atau sedang menghadapi kesukaran.

Wang sumbangan itulah yang akan digunakan oleh mereka bagi menampung perbelanjaan dalam kehidupan atau menggunakannya untuk perkara tertentu.

Namun sejak akhir-akhir ini, sering kali kedengaran isu yang membabitkan wang kutipan derma tidak disalurkan 100% kepada orang yang sepatutnya.

SPRM Tahan Pempengaruh & Suami, Disyaki Seleweng Kutipan Derma

Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan pasangan suami isteri influencer berhubung isu dakwaan penyelewangan kutipan derma semalam (10 Julai).

Berdasarkan Sinar Harian yang memetik sumber, pasangan suami isteri itu ditahan kira-kira jam 6.40 petang semalam (10 Julai).

“Ia berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul,” katanya.

Direman Untuk Siasatan Lanjut

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim turut mengesahkan pasangan terbabit akan direman untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok (Khamis) untuk permohonan reman,” kata sumber.

Terdahulu, tular di media sosial persoalan dan dakwaan terhadap seorang influencer dan suaminya yang dikatakan mengambil komisen dengan peratusan yang tinggi daripada hasil kutipan derma orang ramai.

Selain itu, pasangan itu juga didakwa hidup mewah hingga menimbulkan persoalan dan tanda tanya kepada pengguna media sosial.

Pun begitu, mereka tampil menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.