fbpx
Now Reading
KDN Rampas 22,414 Naskah & Bahan Al-Quran Dari Luar Negara Sejak Januari Lalu – Saifuddin

KDN Rampas 22,414 Naskah & Bahan Al-Quran Dari Luar Negara Sejak Januari Lalu – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu lagi, rampasan yang bernilai lebih RM3.2 juta itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Al-Quran merupakan kitab suci dan menjadi panduan buat Muslim di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Namun dalam zaman yang serba moden ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencemar kesucian al-Quran antaranya seperti mengubah kedudukan dan struktur ayat.

Bagi mengelakkan daripada kitab suci ini tercemar, kerajaan telah melakukan penilaian dan kawalan yang ketat bagi memastikan kandungan al-Quran terpelihara serta mengikut standard yang ditetapkan.

Rampas 22,414 Naskah & Bahan Al-Quran Sejak Januari 2024

Terbaharu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan sebanyak 22,414 naskah dan bahan al-Quran tanpa kelulusan dirampas di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2024.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, rampasan yang bernilai lebih RM3.2 juta itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menerusi operasi bermula Januari lalu.

Jelas beliau, rampasan itu membabitkan naskah dan bahan al-Quran yang dibawa masuk dari luar negara tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) KDN.

“Kemasukan naskhah al-Quran dari negara mana pun kalau untuk tujuan ia diedarkan dalam negara ini, mereka tertakluk kepada Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

“Jadi ini tanggungjawab kami memastikan ketulenan dan itu sangat penting supaya kemuliaan dalam bentuk teks ini dapat terus dipelihara,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Beri Jaminan Akan Ambil Tindakan Pantas, Pantau Al-Quran Versi Digital

Jelas beliau, KDN tidak akan menunggu kesilapan dalam bahan dan naskhah tersebut menjadi lebih serius namun pihaknya akan mengambil tindakan proaktif dalam usaha untuk menangani msalah tersebut.

Ini kerana penubuhan LPPPQ adalah merupakan usaha KDN dalam memudahkan kawalan terhadap pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran kitab suci al-Quran dan bahan al-Quran dalam negara daripada sebarang penyelewengan demi menjaga kemuliaan dan kesucian al-Quran.

“Kita tak tunggu ia serius atau tidak, kita ambil sebagai tanggungjawab kita daripada segi sistem berkerajaan, kita mesti ada sistem yang telah ditetapkan

“Kita bagi tahu mereka bahawa kalau mereka hasilkan al-Quran versi digital sekali pun, bahagian pengawalan dan pelesenan ini ada keupayaan untuk menguruskannya.

“Jadi saya yakin dengan adanya kaedah ini, ia boleh mengurangkan sebarang potensi kalau berlaku kecacatan daripada segi penghasilan al-Quran versi digital,” katanya.

Salur Kepada KDN Jika Ada Maklumat Tentang Teks Al-Quran Yang Tidak Mendapat Perakuan

Untuk info, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung teks atau bahan al-Quran yang tiada perakuan KDN serta bercanggah dengan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023 boleh menyalurkannya dengan menghubungi KDN di talian seperti berikut:

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.