fbpx
Now Reading
Minta Sarawak Tanggung Sebahagian Kos Hantar Kontinjen Kedah Ke SUKMA Hanya Gurauan Sanusi

Minta Sarawak Tanggung Sebahagian Kos Hantar Kontinjen Kedah Ke SUKMA Hanya Gurauan Sanusi

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Ushawan Sarawak berkata, Sanusi juga memaklumkan kepadanya bahawa Kedah akan menghantar lebih 500 orang atlet dalam temasya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang meminta agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Orang ramai menyifatkan permintaan tersebut sebagai tidak masuk akal serta tidak adil untuk negeri-negeri lain yang terpaksa menanggung sendiri kos menghantar para atlet.

Permintaan Sanusi untuk Sarawak tanggung sebahagian kos hanya gurauan

Terbaharu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan bahawa permintaan Sanusi itu hanyalah gurauan semata.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu kepadanya dalam pertemuan mereka semalam (15 Julai).

“Kita tahu beliau (Sanusi) suka bergurau, beliau bergurau saja.

“Beliau sendiri pun maklum kepada saya semalam yang beliau bergurau saja. Tiada masalah antara Sarawak dan Kedah,” katanya dipetik Kosmo.

Kedah akan hantar lebih 500 atlet ke SUKMA XXI Sarawak 2024

Menurutnya lagi, Sanusi juga memaklumkan kepadanya bahawa Kedah akan menghantar lebih 500 orang atlet dalam SUKMA tahun ini.

Berkongsi lanjut, Karim berkata acara yang dipertandingkan dalam SUKMA XXI Sarawak 2024 telah dikurangkan satu.

Jelasnya, ia disebabkan acara sepak takraw wanita beregu berpasukan digugurkan berikutan penyertaan kurang daripada enam negeri.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi berharap agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen Kedah bagi meringankan beban ditanggung termasuk tiket perjalanan dan membawa peralatan.

Sebagai info, ini merupakan penganjuran Sarawak yang ketiga sebagai tuan rumah untuk SUKMA 1990 dan SUKMA 2016.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.