fbpx
Now Reading
Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki

Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki

Menurut Ketua Polis Selangor, kes terbabit di reklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu (10 Julai), Nur Farah Kartini Abdullah selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Mayat mangsa berusia 25 tahun itu ditemukan sekitar jam 6 petang semalam (15 Julai) dan dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Polis sahkan mayat terbabit adalah Nur Farah Kartini

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat terbabit merupakan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Seorang penjawat awam lelaki ditahan, dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman

Menurutnya, susulan penemuan itu, pihak polis juga telah menahan seorang lelaki tempatan yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas penemuan mayat Nur Farah Kartini yang tidak jauh dari Felda Gedangsa.

Penjawat awam terbabit telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini (16 Julai) untuk permohonan reman.

Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan mayat adiknya

Dalam pada itu, seorang penyelia wanita dipercayai rakan mangsa yang enggan dikenali memaklumkan dia sedang menunggu pengesahan jika benar mayat yang ditemukan polis adalah Nur Farah Kartini.

Wanita terbabit memaklumkan setakat ini dia tidak menerima sebarang maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Saya dimaklumkan abang kepada Nur Farah Kartini dalam perjalanan ke lokasi (penemuan mayat),” katanya yang dihubungi Berita Harian.

Foto Nur Farah Kartini bersama abangnya

Kehilangan Nur Farah Kartini tular di media sosial raih perhatian ramai

Sebelum ini, berita tentang kehilangan mangsa selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi Rabu lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.