fbpx
Now Reading
Dia Seorang Anak Yang Baik & Bertanggungjawab, Kata Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Dia Seorang Anak Yang Baik & Bertanggungjawab, Kata Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Menurut bapa suspek, walaupun berat untuk menerima, yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman atas perbuatan yang telah dilakukan jika benar dia melakukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Julai), kecoh di media sosial tentang kes pembunuhan melibatkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini.

Mangsa yang pada mulanya dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa pada pelanggan ditemukan mati di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6.00 petang pada 15 Julai lalu.

Nur Farah Kartini disyaki dibunuh oleh seorang individu yang dikenalinya. Susulan daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan reman seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki

Keluarga Reda, Terima Ujian Yang Melanda

Reda dengan ketentuan takdir, keluarga suspek menerima ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.

Menurut bapa suspek yang berusia 64 tahun, walaupun berat untuk menerima, dia berpendapat yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman atas perbuatan yang telah dilakukan jika benar dia melakukannya.

“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Suspek Anak Yang Baik & Bertanggungjawab

Jelas warga emas itu lagi, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis itu merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.

Malah, dia juga menjadi anak harapan keluarga selain daripada kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.

Anak Ada Datang Minta Maaf

Tambah bapa suspek, anaknya itu telah datang ke rumah yang terletak di Kampung Parit Sidang Seman Sungai Rambai, Melaka pada Khamis (11 Julai) lalu dan ada memohon maaf sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang kembali bertugas.

Difahamkan, suspek sedang berada dalam tempoh bercuti sejak Rabu (10 Julai) lepas hingga Rabu (17 Julai) ini.

“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang,” katanya.

Tahu Anak Sudah Lama Berkawan Dengan Mangsa

Memetik Malaysia Gazette, warga emas itu mendakwa dia mengetahui anaknya yang mempunyai isteri dan seorang bayi berusia lapan bulan telah lama menjalinkan hubungan persahabatan dengan Nur Farah Kartini sejak mangsa masih belajar sekitar dua atau tiga tahun yang lalu.

“Waktu balik di sini pun, kalau ada orang nak sewa kereta, memang wanita itu akan memaklumkannya kepada anak saya tapi saya tak tahu pula sejauh mana mereka berkawan.

“Apa yang pasti, anak saya memang suka menolong orang lebih-lebih lagi kerjanya sebagai anggota polis dan menjadi harapan keluarga sejak menyertai polis lebih empat tahun lalu,” ujarnya.

Mohon Orang Ramai Tidak Buat Sebarang Spekulasi

Walau bagaimanapun, bapa suspek memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya lagi.

Namun dalam laporan Kosmo pada 16 Julai, warga emas itu mendakwa menantunya ada memaklumkan dia dan suspek diugut oleh mangsa dan sudah pun membuat laporan mengenainya dengan membawa bersama beberapa bukti yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut bilakah laporan itu dibuat.

Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Disyaki Dibunuh, Polis Tahan Penjawat Awam Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Anggota Polis Di Perak

Baca Artikel Berkaitan: Pembaca Berita Sebak Baca Kes Kematian Nur Farah Kartini, Rupanya Rakan Sendiri [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.