fbpx
Now Reading
Murid Lembam Enggan Pulang Ke Rumah, Dakwa Diperkosa Jiran Sendiri

Murid Lembam Enggan Pulang Ke Rumah, Dakwa Diperkosa Jiran Sendiri

Menurut Ketua Polis Kemaman, suspek sudah ditangkap pada pukul 5 petang semalam (21 Julai) dan kini direman selama enam hari untuk membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes gangguan seksual di Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan sebelum ini terdapat banyak gangguan seksual yang dilaporkan.

Meskipun statistik kes tersebut menunjukkan peningkatan dan penurunan, tetapi ia tetap membimbangkan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita.

Lebih menakutkan apabila orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak turut menjadi mangsa gangguan seksual ini.

Murid lemban tak nak balik rumah selepas sekolah, dedah jadi mangsa seksual jiran

Terbaharu, sikap seorang murid perempuan OKU kategori lembam yang enggan pulang ke rumahnya selepas sesi persekolahan telah membawa kepada pendedahan dia menjadi mangsa seksual jirannya.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendakwa dia dirogol beberapa kali oleh jirannya yang merupakan warga emas berusia 63 tahun sejak empat bulan yang lalu.

Pendedahan dibuat mangsa selepas ditanya guru

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa disantuni seorang guru yang curiga selepas mendapati kanak-kanak itu enggan pulang ke rumah walaupun sesi persekolahan sudah berakhir.

“Selepas ditanya, kanak-kanak itu akhirnya membuka mulut dan mengaku dia takut pulang ke rumahnya kerana mendakwa pernah diperkosa jirannya.

“Guru tersebut kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia sebelum wanita itu membuat laporan polis,” katanya dipetik Kosmo.

Warga emas dicekup dan direman 6 hari untuk bantu siasatan

Menurutnya, suspek yang juga seorang pekerja ladang itu telah ditangkap pada pukul 5 petang semalam (21 Julai) bagi membantu siasatan.

Berkongsi lanjut, beliau memaklumkan warga emas berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistert Kemaman dan kini direman selama enam hari bermula hari ini (22 Julai) sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan.

Warga emas yang juga pekerja ladang (kiri) direman enam hari di Mahkamah Majistret kemaman (Foto: Kosmo)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.