fbpx
Now Reading
KDN Teliti Laporan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Ke-5 Asia Tenggara Paling Bahaya Dilawati

KDN Teliti Laporan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Ke-5 Asia Tenggara Paling Bahaya Dilawati

Berdasarkan laporan oleh Forbes Advisor, Singapura merupakan bandar paling selamat di dunia dan Asia Tenggara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kuala Lumpur sering menjadi antara pusat tumpuan dan pilihan pelancong tempatan ataupun luar negara.

Ini kerana keunikan bangunan dan makanan yang terdapat di bandar raya ini sering menjadi tarikan pengunjung.

Namun, platform Forbes Advisor baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan yang mendakwa Kuala Lumpur berada di tangga ke-29 dunia dan tangga kelima di Asia Tenggara sebagai bandar paling bahaya untuk dilawati.

Baca Artikel Berkaitan: Forbes Advisor Senaraikan KL Sebagai Bandar Ke-5 Paling Bahaya Di Asia Tenggara, Ke-29 Di Dunia

KDN Teliti Laporan Forbes Advisor

Rentetan dari laporan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan akan melakukan penelitian.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, laporan yang dikeluarkan oleh Forbes Advisor bertentangan dengan laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024 yang dikeluarkan pada Jun lalu.

Berdasarkan laporan GPI, Malaysia berada di tangga ke-10 sebagai negara paling aman di dunia dan naik sebanyak sembilan anak tangga berbanding kedudukan GPI pada tahun 2023 iaitu ditangga ke-19.

“Saya tidak kata nafi (laporan Forbes Advisor) tetapi belum baca kayu ukur,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Laporan yang dikeluarkan Forbes Advisor pada 19 Julai lalu menunjukkan Kuala Lumpur, Malaysia berada di kedudukan kelima selepas Yangon, Myanmar; Manila, Filipina; Jakarta, Indonesia dan Ho Chi Minh, Vietnam.

Malah, Saifuddin turut memberi jaminan analisis yang dibuat adalah bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Apa pun analisis, komitmen PDRM adalah ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman awam, segala-galanya dalam tanggungjawab kami.

Pengukuran Dibuat Berdasarkan Lima Metrik

Terdahulu, Forbes Advisor dalam satu laporan telah membuat kajian perbandingan melibatkan insurans perjalanan bagi rakyat Amerika Syarikat terhadap 60 buah bandar di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan tersebut, Singapura berada di tangga pertama sebagai negara yang paling selamat dilawati di dunia diikuti Tokyo, Jepun dan Toronto, Kanada.

Manakala, Bandar Caracas, Venezuela menjadi negara yang paling bahaya untuk pelancong diikuti bandar Karachi, Pakistan dan Yangon, Myanmar yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga.

Berdasarkan platform tersebut, tujuh metrik yang dinilai namun hanya lima yang disenaraikan di situ.

Antara kriteria yang dinilai adalah:

  • Risiko jenayah: tahap keseluruhan jenayah di bandar tersebut
  • Risiko keselamatan peribadi: risiko keselamatan individu daripada jenayah, keganasan, ancaman pengganas, bencana alam dan kelemahan ekonomi
  • Risiko keselamatan kesihatan: penilaian terhadap tahap dan kualiti perkhidmatan dan infrastruktur kesihatan
  • Risiko keselamatan infrastruktur: ketersediaan dan kualiti infrastruktur serta kelemahannya terhadap bencana
  • Risiko keselamatan digital: kemampuan rakyat untuk menggunakan internet secara bebas tanpa perlu takut terhadap pelanggaran privasi, kecurian identiti dan serangan dalam talian.

Berdasarkan laporan itu, bandar raya Kuala Lumpur hanya berjaya mendapat skor sebanyak 55.36 daripada 100.

Foto: Tangkap Layar Forbes Advisor

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Jadi Destinasi Kedua Paling Popular Di Kalangan Pelancong Antarabangsa – Airbnb

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Golongan Ekspatriat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.