![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/07/Lelaki-dakwa-diri-peguam-ugut-ingin-pukul-individu-di-parkir-1-720x420.jpg)
Dakwa Diri Seorang Peguam, Lelaki Ini Diburu Polis Lepas Ugut Ingin Pukul Individu Lain [Video]
Lelaki terbabit bertindak demikian selepas tidak berpuas hati apabila individu berkenaan melihatnya memarahi anak-anaknya di kawasan parkir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, tindakan seorang lelaki yang mengambil berat terhadap kanak-kanak yang sedang dimarahi oleh bapanya di sebuah kawasan parkir telah berakhir dengan dirinya yang diugut untuk dipukul oleh individu berkenaan.
Begitulah kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Megat Firdauz Putra, 27, menerusi bebenang di akaun X miliknya @MegatFirdauz.
Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada 19 Julai lalu itu, dia bersama teman wanitanya pada ketika itu terdengar suara seorang lelaki menengking anak-anaknya dengan perkataan menjelikkan di kawasan parkir, KL Gateway.
Bertindak renung kerana bimbang anak-anak lelaki terbabit jadi mangsa pukul bapa sendiri
Susulan itu, dia bimbang sekiranya lelaki berkenaan akan memukul kanak-kanak itu, maka dia bertindak untuk melihat perbuatan individu terbabit.
“Apabila dia melihat saya, dia menjerit ‘ada masalah dengan saya?’, dan saya suruh dia bertenang. Dia kemudian berjalan ke arah saya sambil menunding jari dan mula menengking kepada saya dan teman wanita saya kerana merakamnya,” ciapnya.
Lelaki dakwa sebagai peguam ugut ingin pukul, minta jangan masuk campur urusannya
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, kedengaran lelaki terbabit mengarahkannya untuk masuk ke dalam kereta dan tidak masuk campur dengan urusannya.
Menurutnya lagi, lelaki terbabit yang turut mendakwa dirinya sebagai seorang peguam telah mengancam ingin memukulnya.
“Dia mengancam untuk ‘memukul saya’, mencengkam tangan saya dan mengangkat penumbuknya ke muka saya,” katanya.
He then walked towards me with his hand pointing at me and started to yell at me and my gf for recording his disgusting behaviour.
— 🏴Putra 🏴 (@MegatFirdauz) July 21, 2024
In the video below, he threatened to “fuck me up”, grabbed my hand, and brought his fists to my face.
He also claims to be a lawyer (lol). pic.twitter.com/hvgoc0HU6G
Polis buru lelaki dakwa diri peguam ingin pukul orang awam di kawasan parkir
Susulan penularan video terbabit, pihak polis sedang mencari lelaki berkenaan selepas melakukan ugutan ingin memukul.
Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang difailkan individu terbabit pada Ahad lalu (21 Julai).
“Kita sedang kesan (lelaki itu yang didakwa membuat ugutan) dan akan panggil (dia) untuk diambil keterangan,” katanya dipetik FMT.
Pun begitu, beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana tiada keganasan atau kecederaan dialami kedua-dua pihak.