fbpx
Now Reading
Isu Sumbangan Syarikat Arak: “Bola Sepak Pun Tak Dibenar Terima Dana, Apa Lagi Sekolah”- Akmal

Isu Sumbangan Syarikat Arak: “Bola Sepak Pun Tak Dibenar Terima Dana, Apa Lagi Sekolah”- Akmal

Ketua Pemuda UMNO menjelaskan pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada ketegasan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, hangat di media sosial berita mengenai sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang yang menganjurkan konsert amal bagi tujuan mengumpul dana.

Apa yang menjadi perhatian apabila salah satu penyumbang adalah syarikat minuman keras.

Keadaan itu nyata menarik perhatian ramai sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengingatkan pentadbir sekolah agar mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Namun menurut Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, ia tidak seharusnya menjadi isu.

Ini kerana pengumpulan dana di sekolah-sekolah Cina melibatkan syarikat minuman keras telahpun berlaku sejak berpuluh tahun dahulu.

Malah, Anthony yang juga merupakan Menteri Pengangkutan memberi jaminan akan membawa dan memberi penjelasan berhubung isu tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini (24 Julai).

Baca Artikel Berkaitan: “Syarikat Arak Taja Sekolah Cina Bukan Baharu, Akan Jelaskan Pada Jemaah Menteri Esok” – Anthony Loke

Ketua Pemuda UMNO Bidas Kenyataan Anthony Loke

Terbaharu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak kerajaan agar mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat minuman keras memberi sumbangan dana atau melakukan aktiviti di sekolah.

Jelasnya, kerajaan seharusnya tidak mengubah polisi walaupun terdapat desakan daripada anggota kabinet termasuk Anthony.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beri Sokongan Penuh Kepada Menteri Pendidikan

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Merlimau itu menjelaskan pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada ketegasan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ini kerana dia berpendapat kanak-kanak di sekolah seharusnya dihindarkan daripada perkara tidak baik.

“Sokongan sepenuhnya kepada YB Menteri Pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.

“Jika liga bola sepak negara pon tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,” tegas beliau.

Sokongan sepenuhnya kepada YB menteri pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat…

Posted by Akmal Saleh on Tuesday 23 July 2024

Terdahulu, Menteri Pendidikan menjelaskan KPM tidak akan mengkaji semula garis panduan buat Institusi Pendidikan dalam menerima sumbangan atau mengecualikannya kepada sekolah vernakular.

Jelas Fadhlina, semua sekolah perlu mengikut panduan yang diberikan yang baginya tidak sukar untuk dipatuhi dan tidak mendatangkan mudarat.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.