fbpx
Now Reading
Pengusaha Kilang Disyaki Jadi Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Berdepan Denda RM10 Juta & Penjara

Pengusaha Kilang Disyaki Jadi Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Berdepan Denda RM10 Juta & Penjara

Air Selangor menerusi kemaskini terbaharu memaklumkan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi Jumaat ini (26 Julai).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Isnin lalu, gangguan air tidak berjadual yang diumumkan oleh Air Selangor telah menjejaskan sekitar 1.1 juta pengguna di lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah.

Gangguan bekalan air itu adalah disebabkan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Pengusaha kilang jadi punca pencemaran air berdepan hukuman penjara dan denda

Terbaharu, pengusaha sebuah kilang pemprosesan plastik yang disyaki menjadi punca pencemaran itu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM10 juta.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, siasatan awal mendapati berlaku kebocoran pada tangki simpanan produk Poly Methacrylic Acid (PMAA) di premis itu sehingga mengalir ke longkang dan sungai.

Susulan itu, Nor Aziah berkata kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya untuk tindakan lanjut ke atas pihak yang terlibat.

“Berdasarkan pindaan Seksyen 25 pada 7 Julai lalu, ia memperuntukkan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun dan denda tidak lebih RM10 juta jika disabitkan kesalahan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kilang beroperasi secara sah, namun tindakan tegas tetap akan dikenakan

Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim menyatakan pemeriksaan awal pihaknya mendapati kilang terbabit beroperasi secara sah dan mempunyai lesen.

Pun begitu, Izham berkata tindakan tegas akan dikenakan kerana ia turut mengakibatkan empat LRA dihenti tugas dan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebuah kilang yang menjadi punca kepada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah pada Isnin lalu (22 Julai).

Peratusan pemulihan bekalan air telah mencapai 31.9%, dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini

Kemaskini terbaharu Air Selangor, setakat jam 3 petang tadi (24 Julai), peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat akibat henti tugas sementara LRA Rantau Panjang, LRA SSP1, SSP2, dan SSP3 berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah telah mencapai 31.9%.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Air Selangor, bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi Jumaat ini (26 Julai).

Air Selangor juga telah mengerakkan lori-lori tangka air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialysis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor wilayah Sepang atau Hulu Langat.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua (2) stesen pengisian air yang telah dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat) dan Taman Gemilang Dengkil (wilayah Sepang),” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.