fbpx
Now Reading
Akui Geram, Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Bertaubat & Mohon Maaf [Video]

Akui Geram, Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Bertaubat & Mohon Maaf [Video]

Ibu kepada Zulfarhan turut mengakui berasa geram dengan tindakan bomoh berkenaan serta berharap dia bertaubat dan memohon maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kes yang berlaku pada 2017 membabitkan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia disebabkan kes jenayah melibatkan penderaan.

Zulfarhan dilaporkan meninggal dunia dengan kesan cedera parah, lebam serta melecur di seluruh badan. Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun.

Namun pada 23 Julai lalu, enam tertuduh telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas didapati membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Keputusan itu nyata menarik perhatian ramai hingga ada yang meminta pihak yang menerima surat layang serta bomoh yang terbabit dalam kes tersebut dikenakan tindakan.

Baca artikel berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung

Ibu Zulfarhan harap bomoh bertaubat dan mohon maaf

Terbaharu ibu kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, Hawa Osman, 61, turut berharap bomoh yang juga bapa kepada salah seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang menyebabkan kematian anaknya untuk bertaubat dan buat permohonan maaf.

“Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf,” ujarnya, lapor Kosmo.

Akui rasa geram dengan tindakan bomoh

Menerusi video di media sosial, Hawa turut mengakui berasa geram serta terkilan dengan perkara yang dibuat bomoh tersebut.

“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa.”

Sifatkan umat Islam perlu minta pertolongan kepada Allah SWT

Hawa dalam masa sama, mengatakan umat Islam tak sepatutnya mengharapkan pertolongan bomoh semata-mata namun perlu meminta pertolongan kepada Allah SWT.

“Kalau boleh kita minta kepada Allah SWT. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tentera.

“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” katanya lagi

Mengikut kronologi kes, Zulfarhan dituduh mecuri sebuah laptop selepas bomoh berkenaan menyebut namanya sebelum dia dibuli serta dipukul sehingga meninggal dunia.

@mingguanwanita

“Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ini luah Puan Hawa ibu kepada arwah Zulfarhan. Ada banyak lagi dikongsikan oleh ibu bapa arwah termasuk reaksi terkejut wajah keenam-enam tertuduh yang sebelum itu dilihat melambai-lambai serta wajah keriangan bila Hakim mengumumkan mereka ke tali gantung. Saksikan temubual penuh bersama kedua ibu bapa arwah di YouTube Mingguan Wanita esok. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zulfarhan

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.