fbpx
Now Reading
Pulau Pinang Raih Tangga Ke-2 Untuk Destinasi Terbaik Buat Pengembara Solo Sekitar Asia Tenggara

Pulau Pinang Raih Tangga Ke-2 Untuk Destinasi Terbaik Buat Pengembara Solo Sekitar Asia Tenggara

Menurut portal pengembaraan dunia Lonely Planet, pelancong solo yang mempunyai bajet terhad boleh dapatkan juadah serendah RM10 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda tanya tentang perlancongan, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat akan masukkan aktviti itu dalam ‘bucket list’ mereka. Ada yang berhajat untuk ke luar negara, dan juga yang mahu berjalan sekeliling Malaysia.

Walaupun kebanyakan mereka akan bercuti bersama ahli keluarga atau kenalan rapat, tetapi ramai di luar sana yang teringin untuk melancong seorang diri.

Namun, mungkin masih ramai individu yang tidak tahu lokasi mana sesuai untuk bercuti sebagai pelancong solo.


Pulau Pinang Adalah Lokasi Ke-2 Terbaik Untuk Pelancong Solo

Baru-baru ini, portal pengembaraan dunia Lonely Planet mengiktiraf salah satu negeri kegemaran ramai di Malaysia iaitu Penang sebagai destinasi ke-2 terbaik di Rantau Asia untuk pelancong solo.

Di tangga pertama pula adalah negara jiran, Singapura. Menerusi artikel yang diterbitkan pada 12 Julai lalu, Pulau Pinang dikatakan terkenal dengan pelbagai makanan jalanan unik dan budaya tempatan yang kreatif.

Ibu negeri Penang iaitu George Town pula mempunyai khazanah rumah kedai sebelum perang dan rumah dihiasi dengan kafe comel serta pemandangan seni jalanan. Keunikan tersebut sekaligus menambah keseronokan para pelancong untuk bersiar-siar di bandar tersebut.

Bukan itu sahaja, daya tarikan bandar yang sederhana juga membuatkan para pelancong boleh mendapat akses kepada aktiviti unik sekitar kawasan tersebut sebagai contoh kelas memasak dan lawatan berjalan kaki yang santai.

Sumber: Options

Pelancong Solo Mudah Berkenalan Dengan Orang Baru

Antara perkara utama diketengahkan adalah penjaja yang mengutamakan akses makanan buat para pelancong. Kebanyakan penjaja di Penang beroperasi dalam masa yang singkat, oleh itu ramai pelancong hadir untuk menikmati sarapan pagi dan juga makan malam.

Difahamkan, pengembara sering memesan hidangan mi wonton (ladu) atau Penang Laksa (mi pedas) apabila mengunjungi kedai makan di sana.

Sumber: Pexels

Buat pelancong solo yang mempunyai bajet terhad, mereka boleh menikmati juadah serendah RM10 yang popular sekitar New Lane, Jalan Kimberly Street, dan Chulia Street.

Kedudukan tempat duduk yang kecil dan terhad menggalakkan pengunjung untuk berkongsi satu meja di mana ia secara langsung merupakan satu peluang yang baik buat anda untuk membuat kenalan baru.


Sesuai Buat Mereka Yang Sukakan Seni

Selain menyerlahkan warisan bangsa tempatan iaitu Melayu, Cina dan India, budaya Peranakan juga terserlah di Pulau Pinang.

Sebagai contoh, anda boleh melawat hotel butik ikonik Cheong Fatt Sze dan Edison George Town yang menampilkan reka bentuk yang cantik.

Untuk Info, Cheong Fatt Tze Mansion sebelum ini telah menerima pelbagai anugerah untuk usaha pemuliharaan warisannya. Antaranya ialah Anugerah Konservasi Warisan UNESCO ‘Paling Cemerlang’ dan Anugerah Seni Bina Kebangsaan Malaysia untuk Konservasi.

Buat pelancong solo yang menggemari seni, Penang merupakan lokasi terbaik kerana anda boleh lihat lukisan mural yang banyak sepanjang jalan sebagai contoh di Hin Bus Depot, George Town.

Di sana, anda boleh merasai sendiri suasana pasar lambak, galeri seni, studio artis dan banyak lagi.


Tips Berguna Untuk Melancong Secara Solo

Kepada mereka yang teringin untuk ‘solo travel’ ke lokasi pilihan sama ada di dalam atau luar negara, di sini kami kongsikan tips berguna buat anda semua. Antaranya:

  • Rancang perjalanan sebaik mungkin.
  • Kekal berhubung dengan keluarga atau kenalan.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum mengembara.
  • Ikut gerak hati anda agar keselamatan terjamin.
  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
  • Bawa barangan yang diperlukan sahaja agar beg tidak terlampau berat.
  • Berdikari dan membuat keputusan yang bijak agar perlajanan anda berjalan lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.