fbpx
Now Reading
Tular Kanak-kanak 12 Tahun Pandu Kereta Siap Bawa Adik, Polis Ambil Keterangan Bapa

Tular Kanak-kanak 12 Tahun Pandu Kereta Siap Bawa Adik, Polis Ambil Keterangan Bapa

Sebelum ini, ramai yang menyangkakan kanak-kanak yang memandu kereta tersebut berusia 14 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (29 Julai), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang remaja bawah umur memandu kereta di sebuah kawasan taman perumahan.

Di dalam video tular berkenaan, kelihatan remaja yang didakwa berusia 14 tahun itu memandu kereta jenis Perodua Viva sambil ditemani dua orang adiknya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Terbaharu, pihak polis sudah mengambil keterangan bapa kepada tiga beradik itu yang tular memandu kereta di kawasan Taman Putra Impian di Puchong, Selangor.

‘Remaja’ pandu kereta rupanya kanak-kanak baru berusia 12 tahun

Namun menurut laporan Bernama, kanak-kanak yang memandu kereta berkenaan rupanya baru berumur 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepan ACP, Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan bapa mereka yang berusia 53 tahun sudah hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada jam 11.30 malam tadi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang,” kata beliau.

Wan Kamarul berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis sudah kenal pasti keluarga tiga beradik itu

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sudah mengenal pasti keluarga kepada tiga beradik terbabit.

Sehubungan itu, ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Video dirakam seorang wanita yang menahan remaja berkenaan

Terdahulu, video berkenaan sohor di media sosial selepas ia dirakam oleh seorang wanita yang menahan ‘pemandu cilik’ yang berusia 12 tahun itu.

Wanita yang dipercayai penduduk kawasan terbabit mendakwa sering melihat remaja berkenaan memandu dalam keadaan laju selain menyatakan dia akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Video tular itu kemudianya mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, malah ada yang menyalahkan ibu bapanya kerana membiarkan kanak-kanak itu memandu tanpa lesen diusia yang terlalu muda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.