Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan maut dibunuh di Tehran, Iran.
Memetik laporan Sky News, Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan Ismail dibunuh susulan satu serangan rejim Zionis di kediamannya.
Walau bagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab atas perkara tersebut.
Namun, Israel pernah berikrar untuk membunuh Ismail dan pemimpin Hamas yang lain selepas melakukan serangan balas pada 7 Oktober 2023.
Pemimpin Hamas Dan Seorang Pengawal Peribadi Terbunuh
Dalam laporan New York Times, Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa sasaran itu dilakukan kepada Ismail semasa beliau menghadiri majlis pelantikan Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.
Menurut Al Jazeera yang memetik laman berita di Iran, Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya selepas bangunan yang didiaminya diserang.
Sekitar April lalu, tiga anak dan tiga cucu Ismail maut dalam serangan udara tentera Israel.
Kesemua mereka terkorban sewaktu berada dalam kereta untuk melawat saudara-mara di utara Gaza sempena Hari Raya Aidilfitri.
BERITA LANJUT MENYUSUL.