fbpx
Now Reading
Suami Orang Yang Juga Presiden NGO Aktif Kutip Derma Ditahan Jawi, Disyaki Berkhalwat

Suami Orang Yang Juga Presiden NGO Aktif Kutip Derma Ditahan Jawi, Disyaki Berkhalwat

Lelaki terbabit dikatakan aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang presiden sebuah pertubuhan amal dilaporkan telah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam (30 Julai) kerana disyaki berkhalwat.

Individu terbabit ditahan penguat kuasa Jawi selepas didapati berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Presiden NGO disyaki berkhalwat sudah berkahwin dan ada anak

Menurut Harian Metro yang memetik sumber pihak berkuasa, lelaki berusia sekitar 40-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Dia juga didakwa aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

“Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” kata sumber.

Cuba larikan diri dan beri alasan tetapi gagal

Menurut sumber itu lagi, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya, cubaan terbabit bagaimanapun gagal dan dia ditahan pegawai Jawi.

“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.