fbpx
Now Reading
Malaysia Ke-4 Beri ‘Reward’ Paling Lumayan Buat Pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik Paris 2024

Malaysia Ke-4 Beri ‘Reward’ Paling Lumayan Buat Pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik Paris 2024

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, Malaysia berada di tangga keempat dengan ganjaran sebanyak $214,000 (RM986,251) buat atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada ketika ini sedang berlangsungnya temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Paris 2024.

Sama seperti negara lain, Malaysia telah menghantar 26 orang atlet bagi 10 jenis sukan untuk bertanding dalam temasya itu antaranya seperti sukan badminton, renang dan memanah.

Selain daripada menyaksikan aksi mereka, sudah pastinya antara perkara utama yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia adalah pingat emas pertama negara.

Malaysia Ditangga Ke-4, Hong Kong Ditangga Pertama

Namun, tahukah anda, Malaysia merupakan antara negara yang menawarkan ganjaran paling lumayan buat pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024?

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, Malaysia berada di tangga keempat dengan ganjaran sebanyak $214,000 (RM986,251) buat atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas.

Mengungguli kedudukan tersebut, Hong Kong berada di tangga pertama dengan tawaran sebanyak $768,000 (RM3.5 juta), manakala Israel dan Serbia masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan ganjaran $275,000 (RM1.26 juta) dan $218,000 (RM1 juta).

Manakala, Itali pula berada di posisi kelima dengan ganjaran $196,000 (RM903,356), diikuti Lithuania $182,000 (RM838,885) dan Moldova $171,000 (RM788,162).

Latvia pula pula berada di tempat ke-8 dengan insentif sebanyak $155,000 (RM714,416) diikuti Hungary $154,000 (RM709,840) dan Bulgaria di kedudukan ke-10 dengan ganjaran sebanyak $139,000 (RM640,700).

Atlet Malaysia Yang Menang Pingat Emas Bakal Bawa Ganjaran Lebih RM1 Juta

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumumkan habuan atau ganjaran buat atlet yang berjaya membawa pulang pingat menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Pemenang pingat Emas akan menerima RM1 juta manakala pemenang pingat Perak dan Gangsa akan menerima RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Selain daripada ganjaran RM1 juta, pemenang pingat emas pertama negara bakal mendapat RM1 juta daripada Yinson Holdings Berhad.

Matrix Concepts Holdings Berhad dan MJ Health Screening Centre turut memberi sumbangan dengan masing-masing menyumbang RM500,000.

Walau bagaimanapun, ganjaran itu akan dikongsi bersama sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang.

Selain itu, pengendali rangkaian mudah alih redONE Mobile (redONE) turut tidak ketinggalan memberi ganjaran apabila menawarkan RM1 juta yang akan dibayar secara ansuran bulanan bagi tempoh 10 tahun buat atlet yang berjaya.

Pembayaran itu sebagai memastikan sokongan jangka panjang buat atlet berkenaan.

Atlet Bakal Dapat Rumah & Kereta

Selain wang tunai, atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas akan diberi ganjaran dalam bentuk kediaman iaitu sebuah pangsapuri mewah berharga RM1 juta yang terletak di Setia Alam.

Ganjaran itu disumbangkan oleh Tan Sri Dr Lim Wee Chai yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove serta pemilik Top Residency.

Buat pemenang pingat yang lain, mereka bakal menerima hadiah berbentuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hasil sumbangan syarikat pengeluar kereta China, Cherry Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Baca Artikel Berkaitan: RTG Singkirkan Pandelela & Nur Dhabitah Selepas Gagal Mara Ke Sukan Olimpik Paris 2024

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.