fbpx
Now Reading
Penduduk Di Kerian Bimbang, Air Tasik Bukit Merah Makin Kering [Video]

Penduduk Di Kerian Bimbang, Air Tasik Bukit Merah Makin Kering [Video]

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sariffudin Hassan berkata jika keadaan itu berterusan ia akan mencetuskan kebimbangan sekiranya bekalan air minuman akan dicatu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini, Malaysia sedang berhadapan dengan cuaca panas berikutan fenomena angin monsun Barat Daya yang berlaku sejak bulan Mei lalu dan dijangka tamat pada September depan.

Baca Artikel Berkaitan: 12 Kawasan Seluruh Negara Rekod Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Fenomena panas melampau ini pastinya menyebabkan rasa kurang selesa orang ramai apabila suhu pada waktu malam juga terasa bahangnya.

Tidak hanya itu, kebanyakan tasik atau sungai juga mengalami pengurangkan air berikutan hujan yang jarang sekali berlaku.

Penduduk Kerian bimbang, paras air di Tasik Bukit Merah makin kurang

Seperti baru-baru ini, penduduk di daerah Kerian, Bagan Serai, Perak mula berasa bimbang selepas para bacaan air di Tasik Bukit Merah semakin menyusut.

Memetik Utusan Malaysia, tinjauan media terbabit di tasik itu mendapati paras air semakin menyusut dari tebing jeti nelayan darat di Kampung Selamat dan juga di kawasan Bukit Merah Laketown Resort.

Tinjauan yang dilakukan semalam (31 Julai) mendapat penyusutan telah berlaku sejauh 1,500 meter ke tengah tasik berbanding bulan lalu yang hanya sejauh 960 meter.

Gambar diambil Jabatan Perairan dan Saluran (JPS) Daerah Kerian sekitar awal bulan Julai lalu

Seorang penduduk di Alor Pongsu, Azrul Yusof berkata, paras air terkini di empangan itu semakin menyusut berbanding paras bacaan minggu lalu.

“Kami difahamkan paras bacaan air di tasik itu pagi semalam 19.85 kaki, berbanding bacaan kelmarin iaitu 19.90 kaki. Ini menandakan air semakin menyusut berbanding minggu lalu yang mencatat bacaan 20.45 kaki. Keadaan ini sudah tentu membimbankan kami,” katanya.

Ramai pesawah terjejas, pengairan untuk sawah dihentikan

Menurut lelaki berusia 38 tahun itu, fenomena terbabit telah menjejaskan ramai pesawah berikutan proses penyaluran air ke sawah telah dihentikan pada bulan lalu.

Jelasnya, perkara yang membimbangkan mereka ialah jika paras bacaan air tasik terus menyusut sehingga ke paras bacaan 17 kaki.

Menurutnya lagi, penduduk di sini berharap operasi pembenihan awan yang dilakukan selama tiga hari bermula kelmarin (30 Julai) akan membuahkan hasil.

Penduduk bimbang jika bekalan air minuman juga terpaksa dicatu

Sementara itu, memetik Kosmo pula, seorang penduduk yang dikenali sebagai Sariffudin Hassan berkata jika keadaan itu berterusan ia akan mencetuskan kebimbangan sekiranya bekalan air minuman akan dicatu.

“Fenomena kemarau yang melanda di daerah Kerian ini membimbangkan. Walaupun akan diadakan pembenihan awan namun setakat ini masih tiada perubahan setakat ini,” ujar Sarifuddin.

Foto diambil JPS Daerah Kerian sekitar awal bulan Julai lalu

Kata Saifuddin, hujan ada turun pada awal pagi Isnin (29 Julai) sekitar pukul 3.30 pagi, namun paras air di tasik itu tidak bertambah.

Difahamkan, kemarau di Kerian telah menjejaskan hampir 5,000 sawah apabila bekalan air dihentikan sejak 28 Jun lalu disebabkan tasik berkenaan yang semakin mengering berikutan cuaca panas.

@utusanonline

Penduduk bimbang Tasik Bukit Merah terus kering

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Terdahulu, seorang wanita yang juga kakitangan di Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Syamin Sabri berkata, punca fenomena panas pada ketika ini adalah disebabkan kurangnya litupan awan.

Menurutnya, litupan awan yang menjadi punca utama hujan itu berkurangan kerana terdapat siklon (cyclone) di sebuah kawasan yang menarik segala lembapan atau awan dari Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.