fbpx
Now Reading
Isteri Ditolak Masuk Gaung Lepas Bertikam Lidah Dengan Suami, Berjaya Merangkak Naik Ke Bahu Jalan

Isteri Ditolak Masuk Gaung Lepas Bertikam Lidah Dengan Suami, Berjaya Merangkak Naik Ke Bahu Jalan

Mangsa mengalami kesan calar, luka dan lebam pada tubuh badan selepas ditolak oleh suaminya ke dalam gaung di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehidupan sebagai suami isteri bukanlah sentiasa indah belaka kerana ada kalanya mereka diuji dengan pelbagai perkara termasuklah urusan kewangan serta sikap pasangan masing-masing.

Namun sejak akhir-akhir ini, semakin banyak berita yang agak membimbangkan di mana wujud suami atau isteri yang melakukan perbuatan kejam terhadap pasangan sehingga melibatkan jenayah membunuh.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Ditikam Suami Rupanya Hidup Dalam Ketakutan Sering Terima Ugutan

Baca Artikel Berkaitan: Gagal Pujuk Batalkan Tuntutan Fasakh, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Antara kes terbaharu yang berlaku adalah tindakan seorang suami yang menghumban isterinya ke dalam gaung.


Suami Cekik Dan Pukul Isteri Sebelum Tolak Masuk Gaung

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita berusia 32 tahun berdepan detik mencemaskan apabila dia hampir dibunuh oleh suaminya selain dicekik dan dipukul sebelum ditolak ke dalam sebuah gaung.

Kejadian itu yang berlaku di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik pada Sabtu lalu (27 Julai) bermula selepas si suami berusia 39 tahun mengambil isterinya pulang dari tempat kerja di Kuala Lumpur jam 5:30 petang dan menuju ke Perak dengan alasan mahu pulang ke kampung.

Namun ketika dalam perjalanan pada 26 Julai, difahamkan berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan suspek memberhentikan keretanya dan mengugut untuk membunuh mangsa dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood menjelaskan wanita itu kemudiannya merayu agar suaminya tidak melakukan perkara tersebut namun dia sebaliknya telah dicekik di bahagian leher.

Mangsa bertindak terjun dari kereta tetapi telah dimasukkan semula oleh suspek dan terus memecut sehingga tiba di kawasan KM31.2 JRTB Gerik kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood.

Tidak lama selepas itu, berlaku lagi pertengkaran di kawasan tersebut sebelum suspek menarik keluar mangsa dari dalam kereta.

Pergaduhan dan pergelutan yang terjadi di bahu jalan itu mengakibatkan suspek bertindak tanpa kawalan sehingga menolak isterinya jatuh ke dalam gaung.

Sumber: Sinar Harian

Isteri Merangkak Naik Untuk Selamatkan Diri

Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa telah merangkak naik sendiri dari gaung ke bahu jalan untuk menyelamatkan dirinya sebelum dijumpai oleh orang awam pada jam 2:00 petang hari berikutnya (27 Julai).

Individu yang menjumpai mangsa telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis sebelum mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk menerima rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan mengalami kesan calar, luka dan lebam pada tubuh badannya.

Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah bertindak merangkak naik ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri sebelum dijumpai orang awam. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Daerah Taiping.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood.

Suspek Telah Ditahan Oleh Polis

Gambar sekadar hiasan

Susulan itu, suspek telah ditahan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Kedah kerana lelaki berkenaan turut terlibat dalam kes jenayah di kawasan terbabit pada 31 Julai lalu.

Suspek juga dipercayai memiliki beberapa rekod lampau kesalahan melibatkan dadah.

“Sejurus selesai siasatan, suspek akan ditangkap semula oleh IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.