![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/08/pekerja-malaysia-tak-gembira-720x420.jpg)
Malaysia Raih Tempat Ke-2 Bagi Kategori Pekerja Paling Tak Gembira Di Asia Tenggara
Antara punca yang menyebabkan pekerja tidak gembira di Asia Tenggara adalah kerana faktor gaji yang tidak mencukupi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang dewasa yang sudah bekerja, kebanyakan masa pada waktu siang diluangkan di pejabat untuk menguruskan tugasan yang telah diberikan.
Oleh kerana hampir keseluruhan hari diperuntukkan untuk bekerja, sesetengah pihak mementingkan persekitaran yang positif di pejabat bagi menjamin kesejahteraan diri dan mental.
Namun, wujud beberapa faktor yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tidak gembira semasa bekerja.
Pekerja Malaysia Sebagai Kedua Yang Paling Tak Gembira Di Asia Tenggara
Memetik laporan SME Asia, satu kajian telah dibuat oleh Jobstreet dan Jobsdb by SEEK dengan melibatkan lebih daripada 5,000 orang responden yang bekerja di Asia Tenggara.
Dalam kajian yang dilakukan pada Mei 2024, Singapura telah menduduki tempat pertama dengan jumlah pekerja tidak gembira yang paling ramai di rantau ini.
Dibandingkan dengan Singapura yang merekodkan sebanyak 19%, Malaysia pula mencatat kedudukan kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 12% diikuti dengan Filipina (11%), Hong Kong (9%), Thailand (9%) dan Indonesia (4%).
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/08/Image-159.webp)
Apa Punca Ramai Pekerja Tidak Gembira Di Asia Tenggara?
Data daripada kajian ini menunjukkan beberapa faktor yang menjadi punca seseorang pekerja itu tidak gembira dalam kerjaya mereka. Antaranya:
- Gaji dan manfaat yang tidak mencukupi
- Kurang mendapat pengiktirafan
- Kurang peluang untuk mengembangkan kerjaya
Berdasarkan faktor-faktor ini, isu melibatkan gaji adalah antara yang menjadi punca utama iaitu sekitar 53% berbanding dua faktor lain yang masing-masing mencatatkan sebanyak 36%.
Isu Work Life Balance Juga Jadi Perhatian Masyarakat
Faktor keseimbangan dalam bekerja atau juga digelar sebagai ‘Work Life Balance’ juga boleh menyumbang kepada tahap kepuasan pekerja di pejabat.
Sebagai contoh, mereka tidak mahu diganggu selepas waktu bekerja, pada hujung minggu, waktu malam dan ketika cuti.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2024/08/pekerja-malaysia-tak-gembira-2.jpg.webp)
Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa ketidakseimbangan antara bekerja dan kehidupan peribadi boleh membuatkan seseorang tidak mendapat rehat yang mencukupi serta mempunyai waktu terhad untuk meluangkan masa dengan keluarga.
Ia secara tidak langsung mempengaruhi tahap kesihatan mental individu untuk meneruskan kehidupan dengan baik.
Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: 71% Pekerja Malaysia Jangka Kenaikan Gaji 10% Akibat Kos Sara Hidup Semakin Tinggi
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri
Cara Untuk Hargai Pekerja Dalam Syarikat
Salah satu faktor yang menjadi punca masyarkat Malaysia kurang gembira di tempat kerja adalah kerana kurang mendapat penghargaan daripada majikan.
Isu ini boleh diatasi dengan pihak majikan memberikan beberapa bentuk penghargaan sebagai membalas jasa pekerja bertungkus-lumus memajukan syarikat.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2024/08/pekerja-malaysia-tak-gembira-3.jpg.webp)
Antara cara-cara yang boleh dilakukan oleh majikan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja mereka adalah seperti:
- Memberikan insentif bulanan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang positif.
- Memberikan hadiah kepada mereka ketika sambutan ulang tahun hari jadi.
- Sentiasa mengucapkan terima kasih dan memberi pujian atas segala kerja yang dilakukan dengan baik.
- Memberi peluang kepada pekerja untuk melontarkan idea atau pendapat tentang sesuatu perkara.
- Membawa pekerja melakukan aktiviti ‘outdoor’ di luar pejabat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan lagi hubungan.
Sebagai pekerja, sekecil-kecil penghargaan daripada majikan sangat memberi impak kepada diri mereka dan seterusnya mampu menaikkan produktiviti kerja menjadi lebih baik.
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Pakcik Ini Dapat Hadiah Pakej Umrah Dari Majikan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Rendah Bukan Lagi Punca Utama Pekerja Di Malaysia Berhenti Kerja