fbpx
Now Reading
Olimpik Paris 2024: Peninju Itali, Angela Carini Tuntut Keadilan Dakwa Ditumbuk Wanita ‘Jadian’

Olimpik Paris 2024: Peninju Itali, Angela Carini Tuntut Keadilan Dakwa Ditumbuk Wanita ‘Jadian’

Petinju Algeria, Imane Khelif yang didakwa sebagai wanita ‘jadian’ itu sebelum ini pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (1 Ogos), tular di media sosial klip video perlawanan di antara petinju wanita Itali, Angela Carini menentang petinju Algeria, Imane Khelif di Sukan Olimpik Paris 2024.

Klip video terbabit tular selepas Carini menarik diri selepas hanya 40 saat beraksi di atas gelanggang pada pusingan pertama kerana tidak mampu menahan asakan Khelif.

Malah, ada yang menyatakan aksi perlawanan tinju Wanita itu adalah tidak adil kerana mendakwa atlet Algeria berkenaan bukanlah seorang wanita tulen.

Carini tuntut keadilan dakwa ditumbuk lelaki ‘jadian’

Tidak hanya itu, Carini juga dilaporkan menuntut keadilan terhadap dirinya selepas turut mendakwa Khelif secara biologinya adalah seorang lelaki namun dibenarkan bertanding dalam kategori wanita.

Memetik Harian Metro, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina tetapi di Olimpik Paris 2024 ini dia dibenarkan bertanding dalam ketagori wanita.

Khelif kuasai aksi, tumbuk tepat ke arah muka dan hidung Carini

Dalam pertarungan pusingan awal itu, Khelif nyata menguasai aksi dengan beberapa siri tumbukan tepat ke arah muka dan hidung Carini memaksa Carini mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat tarik diri.

“Hati saya sangat kecewa. Saya bertanding kerana mahu memenuhi impian bapa saya yang mahukan saya beraksi di Olimpik.

“Saya tidak kalah ada hari ini, tetapi saya menarik diri kerana mahukan keadilan. Saya tidak pernah merasakan tumbukan seperti itu yang agak janggal bagi seorang wanita,” katanya.

Selepas menarik diri, Carini dilihat menangis di atas gelanggang dan enggan berjabat tangan dengan wakil Algeria itu akibat kekecewaan yang dihadapinya.

Khelif memang wanita, bukan lelaki ‘jadian’ seperti yang didakwa?

Perkara yang sohor di media sosial ini sekali gus telah menimbulkan berdebatan ramai orang di seluruh dunia mengenai jantina sebenar Khelif.

Ada yang mendakwa dia merupakan seorang lelaki kerana ujian yang dijalankan sebelum ini mendapati dia mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y (XY) tidak seperti wanita biasa yang memiliki dua kromosom X (XX).

Bagaimanapun, terdapat pihak yang menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan Khelif sememangnya dilahirkan sebagai seorang wanita selain negara Algeria yang mempunyai majoriti penduduk Islam juga mengharamkan transgender atau LGBT.

Malah, ada yang mendakwa Khelif seorang khunsa atau dalam istilah perubatan, Masalah Perkembangan Seksual (DSD) iaitu bayi yang dilahirkan dengan dua kemaluan untuk lelaki dan perempuan.

Tidak kurang juga pihak yang berkongsi gambar Khelif sewaktu kecil dahulu yang sememangnya seorang wanita.

Setiap atlet patuhi peraturan kelayakan dan penyertaan pertandingan – Olimpik

Malah, pihak Olimpik sendiri menerusi satu kenyataan juga menegaskan setiap orang mempunyai hak untuk bersukan tanpa diskriminasi.

Jelas Olimpik, semua atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tinju Paris 2024 mematuhi peraturan kelayakan dan penyertaan pertandingan.

Selain itu, kata Olimpik, semua peraturan perubatan yang ditetapkan oleh Unit Tinju Paris 2024 (PBU) adalah sama seperti pertandingan tinju Olimpik sebelum ini iaitu berdasarkan jantina dan umur atlet mengikut pasport mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.