fbpx
Now Reading
Olimpik Paris 2024: RTM Tak Sengaja Siar Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal

Olimpik Paris 2024: RTM Tak Sengaja Siar Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata, RTM telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehangatan sukan Olimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung kini semakin terasa apabila orang ramai dari seluruh negara tidak henti-henti memberi sokongan kepada para atlet mereka.

Bahkan, kebanyakan rakyat Malayisa juga tidak melepaskan peluang untuk menonton setiap perlawanan kontinjen negara yang sedang berusaha mengejar pingat.

Pengguna media sosial tak puas hati, dakwa RTM tak siar perlawanan Lee Zii Jia

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan aksi perlawanan atlet badminton negara, Lee Zii Jia menentang Sepanyol, Pablo Abian pada Rabu lalu (31 Julai).

Aksi Zii Jia ketika menentang atlet Perancis, Toma Junior (Foto: Facebook/BAM)

Sebaliknya, badan penyiaran nasional itu menyiarkan perlawanan badminton perseorangan lelaki antara atlet Israel, Misa Zilberman dan atlet Nepal, Prince Dahal pada hari yang sama.

Perlawanan Israel menentang Nepal disiarkan secara tidak sengaja

Terbaharu, RTM menyatakan perlawanan antara negara Israel dan Nepal itu disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada limit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik.

Menurut Awani yang memetik Bernama, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi satu kenyataan pada tengah malam tadi (1 Ogos) menyatakan RTM telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.

Foto: Facebook/Suhaimi Sulaiman

RTM ada siarkan perlawanan Zii Jia di saluran Okey

Difahamkan, RTM selaku Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 ada menyiarkan perlawanan Zii Jia secara langsung di saluran Okey pada 8.50 malam hingga 9.30 malam, 31 Julai (MyTV, Astro RTMKLIK).

“RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui Saluran TV Okey dan Saluran Sukan serta enam saluran khas di RTMKlik bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik lebih dekat bermula 27 Julai lepas hingga 12 Ogos,” katanya.

Terdahulu, susulan luahan pengguna media sosial terbabit yang kemudiannya menjadi tular, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta RTM untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan tiada siaran langsung aksi Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024.

Foto: Facebook/Fahmi Fadzil
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.