Polis Buru Pemain Bola Sepak Dipercayai Bawa Senjata Tajam Dalam Padang
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, kes kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (4 Ogos), kecoh di media sosial satu hantaran yang mendakwa seorang pemain bola sepak membawa senjata tajam di padang.
Menerusi hantaran yang tular dan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Aliff Akhmal, kejadian dipercayai berlaku di padang KLFA Football Centre, Desa Melawati, kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurut Aliff, pemain bola sepak daripada sebuah kelab didakwa telah menggunakan senjata tajam dipercayai kerambit dalam satu perlawanan bola sepak.
tempat kejadian : klfa, melawati waktu : 12.30 malam tarikh : 4 Ogos 2024 nama team farouk ft sape kenal boleh roger2 .. kerambit oi .. giler
Posted by Aliff Akhmal on Sunday 4 August 2024
Ada Dakwa Bukan Kerambit, Tapi Gunting
Namun, ada juga yang mendakwa ia bukanlah kerambit sebaliknya gunting.
Pemain berkenaan didakwa bertindak luar kawalan dengan menggunakan alat tersebut apabila tercetus pergaduhan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Polis Buru Pemain Bola Sepak
Ekoran daripada insiden ini, polis kini sedang giat mengesan pemain bola sepak tersebut yang menggunakan senjata tajam ketika kekecohan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya ada menerima laporan daripada seorang pemuda tempatan yang berusia 23 tahun berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.21 pagi tadi (5 Ogos).
Jelas Mohamad Lazim, pengadu memaklumkan wujud perselisihan faham di antara pasukan pengadu dan pihak lawan.
“Pengadu mendapati pemain daripada pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukannya.
“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan bagi siasatan lanjut.
“Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ketika pergaduhan malam tadi,” katanya.
Kes Disiasat Mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958
Tambah Mohamad Lazim, kes kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Terdahulu, hantaran tersebut mula menjadi bualan ramai ekoran perbuatan pemain bola sepak itu mengundang bahaya kepada individu lain.
Ramai yang mahukan dia dikenakan tindakan sekiranya benar dakwaan membawa senjata tajam ke dalam padang.
Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Kes Pecah Rumah, Bekas Pemain Bola Sepak Tempatan Ditahan Polis
Baca Artikel Berkaitan: Pemain Bola Sepak Tempatan Didakwa ‘Bantai’ Kekasih Hingga Cedera