fbpx

Unifi Mobile Tawar Data Tambahan 200GB Untuk Pengguna Uni5G Postpaid 39, Hanya Tambah RM1

Dengan nilai tambahan baharu ini, pelanggan UNI5G Postpaid 39 dapat menikmati 200GB data 5G tambahan setiap bulan, di samping 30GB data 5G & 4G serta panggilan tanpa had sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Unifi Mobile baru-baru ini telah mengumumkan tawaran hebat terbaharu untuk para pelanggan UNI5G Postpaid 39 iaitu promosi Pas Data 5G Bulanan 200GB dengan hanya RM1.

Nilai tambah menarik ini memberikan pelanggan 200GB data 5G berkelajuan tinggi tambahan setiap bulan, memberikan pengalaman mudah alih yang lebih baik.

Dengan nilai tambahan baharu ini, pelanggan UNI5G Postpaid 39 dapat menikmati 200GB data 5G tambahan setiap bulan, di samping 30GB data 5G & 4G serta panggilan tanpa had sedia ada.

Ini memberikan lebih kebebasan untuk menstrim kandungan, melayari internet, dan kekal berhubung tanpa gangguan, memenuhi keperluan pengguna digital masa kini.

Pelanggan Unifi Mobile baharu dan sedia ada boleh melanggan tawaran ini melalui aplikasi Unifi Mobile, dan ia akan diperbaharui secara automatik setiap bulan untuk memastikan akses data yang berterusan.

Ketua Pegawai Komersial Unifi (Segmen Pengguna) Jasmine Lee, berkata pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan Pas Data 5G Bulanan 200GB untuk meningkatkan pengalaman mudah alih pelanggan dengan nilai yang tidak tertanding.

“Mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, pelan ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mungkin baharu sahaja memulakan pelan pascabayar dan golongan profesional muda yang bergantung sepenuhnya pada sambungan mudah alih untuk keperluan rumah, kerja, dan hiburan, membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya keupayaan 5G dalam kehidupan seharian mereka.”

Tawaran hebat ini memastikan pelanggan dapat menstrim kandungan dengan lancar, memuat turun fail-fail besar dengan pantas dan kekal berhubung dengan rakan dan keluarga tanpa perlu risau tentang had data. Dengan hanya RM1 sebulan, Pas Data 5G Bulanan 5G 200GB ini menawarkan nilai yang hebat, membolehkan pengguna memanfaatkan penggunaan data mudah alih mereka dengan harga yang rendah.

Tambah Jasmine, “Untuk terus menyokong para pelanggan, kami melancarkan sesi Sembang Seringgit di platform media sosial kami. Sesi ini akan menampilkan key opinion leaders untuk membincangkan keseimbangan kehidupan bekerja dan petua belanjawan. Selain itu, kami juga akan membawa Seringgit Challenge di mana trak Unifi Mobile akan melawat beberapa komuniti setempat, menawarkan aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah- hadiah istimewa.”

Jelasnya tawaran baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen Unifi Mobile untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang bernilai, memenuhi keperluan digital pelanggan yang semakin berkembang, dan memastikan akses 5G yang lebih luas untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

“Ia juga menyokong matlamat kami untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030, membolehkan Malaysia lebih digital,” kata Jasmine.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.