fbpx
Now Reading
Hantaran Di Facebook & Instagram PM Diturunkan, META Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka – PMO

Hantaran Di Facebook & Instagram PM Diturunkan, META Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka – PMO

PMO turut meluahkan rasa kesal ekoran siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena pada 4 Ogos lalu turut disekat menerusi akaun Facebook rasmi Berita RTM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 31 Julai yang lalu, kecoh mengenai hantaran di Instagram rasmi milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipadam oleh Meta Platforms Inc (Meta).

Menurut Bahagian Media & Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO), hantaran gambar Anwar bertemu pemimpin Hamas termasuk Ismail Haniyeh ketika di Doha, Qatar pada Mei lalu telah diturunkan oleh Meta atas alasan mengandungi simbol, pujian atau sokongan terhadap individu dan organisasi yang ditakrifkan oleh platform tersebut sebagai berbahaya.

Bukan itu sahaja, posting Anwar yang mengutuk pembunuhan Ismail dan ucapan takziahnya turut diturunkan.

Perdana Menteri kemudian menyelar Meta agar tidak menjadi ‘pengecut’ dan hanya sekadar perkakas terhadap penceroboh haram tanah Palestin itu.

Baca Artikel Berkaitan: PMO Tuntut Penjelasan Selepas Meta Turunkan Foto Pertemuan Anwar Bersama Pemimpin Hamas

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Masuk Akal” – PM Selar Meta Selepas Videonya Kritik Pembunuhan Pemimpin Hamas Diturunkan

PMO Panggil Meta, Tuntut Penjelasan Berhubung Kandungan Diturunkan

Semalam (5 Ogos), PMO telah memanggil wakil Meta bagi mendapatkan penjelasan daripada platform tersebut berhubung penurunan kandungan berkaitan isu Palestin di media sosial rasmi Perdana Menteri.

Pertemuan itu termasuklah penjelasan bagi hantaran yang melibatkan Ismail Haniyeh di Facebook dan Instagram rasmi milik Anwar.

Hasil pertemuan tersebut, PMO menuntut Meta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan mereka yang menurunkan ucapan takziah Anwar terhadap pemimpin Hamas itu.

Malah, Meta turut dituntut untuk beri penjelasan terperinci atas tindakan mereka berbuat demikian.

“Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO memanggil Meta bagi menuntut penjelasan terkait tindakan penurunan beberapa hantaran di platform Facebook dan Instagram milik Perdana Menteri bertarikh 14 Mei dan 30 Julai lalu.

“PMO menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Asy Syahid Ismail yang dibunuh baru-baru ini.

“PMO melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan, selain penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia,” katanya.

Beri Kesan Kepada Rakyat Malaysia & Masyarakat Dunia

Tegas PMO lagi, perbuatan Meta yang menurunkan hantaran tersebut memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman Israel.

“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” jelasnya lagi.

Siaran Langsung Himpunan Pembebasan Palestin Turut Disekat

Pada masa yang sama, PMO turut meluahkan rasa kesal ekoran siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena pada 4 Ogos lalu turut disekat menerusi akaun Facebook rasmi Berita RTM.

PMO turut menuntut penjelasan terperinci daripada Meta berhubung sekatan ini dan difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh Meta dalam masa terdekat.

Pertemuan bersama wakil Meta yang diadakan di PMO semalam (5 Ogos) turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri mengenai Pertemuan antara Bahagian Media dan Komunikasi Strategik dan Meta Platforms Inc (Meta). #MalaysiaMADANI

Posted by PMO Malaysia on Monday 5 August 2024

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.