fbpx
Now Reading
Influencer TikTok Ditahan Polis, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Influencer TikTok Ditahan Polis, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Influencer wanita itu ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan dua orang wanita yang juga influencer telah mendedahkan tentang kisah rumah tangganya bersama bekas suami dan juga madu.

Bukan hanya itu, wanita terbabit turut berkongsi mengenai sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya dan selalu dipaksa melakukan perkara tidak senonoh.

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai sehingga ia turut dikongsikan di laman X. Malah orang ramai turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa wanita berkenaan.

Influencer ditahan reman dipercayai pecah masuk rumah bekas suami

Terbaharu, seorang dari mereka yang berusia sekitar 20-an telah direman selama enam hari kerana dipercayai memecah masuk rumah bekas suaminya di Taman Rahmat, Kota Bharu..

Memetik laporan Kosmo, perintah tahanan reman dilakukan bermula hari ini selepas permohonan dibenarkan Majistret Amin Rashidi Ramli.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan penahanan wanita itu. Jelas beliau ,ia selepas pengadu mendakwa barang miliknya hilang.

“Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka.

“Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami,”  katanya dalam kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu suspek berjaya ditangkap pada 11.30 malam semalam (7 Ogos).

Katanya, hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan rumah, selain suspek mengaku masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan pengadu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.