fbpx
Now Reading
Isu Cuti Bersalin Pegawai Perubatan 60 Hari: CUEPACS Gesa KKM Segera Atasi Masalah Kekurangan Petugas Kesihatan

Isu Cuti Bersalin Pegawai Perubatan 60 Hari: CUEPACS Gesa KKM Segera Atasi Masalah Kekurangan Petugas Kesihatan

Menurut Presiden CUEPACS, walaupun pemberian cuti bersalin 60 hari tidak menyalahi undang-undang namun dari sudut kebajikan, keputusan itu menidakkan hak pekerja terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai pemberian cuti bersalin selama 60 hari bagi pegawai perubatan (MO) yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.

Penguatkuasaan serta merta yang bermula 27 Jun itu melibatkan pegawai yang bertugas di 15 klinik kesihatan daerah tersebut antaranya Bandar Baru Bangi, Semenyih dan Kajang.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat tujuh orang pegawai perubatan yang bersalin secara serentak sepanjang tempoh Jun hingga Julai dan ia juga telah dipersetujui oleh Ketua Klinik serta disebabkan pegawai perubatan yang diarah melapor diri turut menolak penempatan di situ.

Namun, ia menimbulkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang bersimpati dengan nasib petugas kesihatan terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Sudah Dipersetujui” – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Jelas Isu Cuti Bersalin Pegawai Perubatan Hanya 60 Hari

Cuti Bersalin 60 Hari Tidak Salah Tapi Menidakkan Hak Pekerja Terlibat

Susulan itu, Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar segera mengatasi masalah kekurangan petugas kesihatan yang boleh mengakibatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan serta mengabaikan kebajikan pekerja.

Menurut Presiden CUEPACS Datuk Dr. Adnan Mat, keputusan mengehadkan tempoh cuti bersalin sepatutnya tidak berlaku jika perkara tersebut diberi perhatian sejak awal lagi.

Tegas beliau, walaupun tidak menyalahi undang-undang namun dari sudut kebajikan, keputusan itu menidakkan hak pekerja terlibat.

“Walaupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memberi jaminan untuk mempertimbang sebarang permohonan mendapatkan cuti bersalin tambahan secara bersendiri, CUEPACS bimbang wujudnya elemen pemaksaan terhadap pegawai awam terbabit.

“Ini kerana kelulusan itu adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan pertimbangan ketua jabatan yang bersifat subjektif.

“Usaha untuk mempercepat pengisian kekosongan jawatan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan petugas kesihatan tidak dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan itu,” katanya.

Kebajikan Petugas Kesihatan Tidak Patut Diabaikan

Jelas Adnan lagi, CUEPACS tidak mahu kebajikan petugas kesihatan diabaikan dalam memastikan perkhidmatan sektor tersebut dapat berjalan seperti biasa.

“Mereka ini tetap manusia yang memerlukan rehat mencukupi, melakukan aktiviti sosial yang sihat dan mempunyai keluarga yang perlu diberi perhatian juga.

“CUEPACS berharap KKM dapat memperkukuh lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan supaya tidak berlaku kekurangan petugas yang sangat kritikal di sesuatu lokasi.

“Kita pernah menghadapi situasi penularan COVID-19 sebelum ini, yang hampir melumpuhkan sepenuhnya fasiliti kesihatan negara dan pengalaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada kerajaan memperkukuh lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan di pelbagai peringkat,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: ‘Lebih 30% Doktor Di Malaysia Dibuli’ – MMA

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.