fbpx
Now Reading
Meta Mohon Maaf, Dakwa Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh Dipadam Kerana ‘Kesilapan Operasi’

Meta Mohon Maaf, Dakwa Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh Dipadam Kerana ‘Kesilapan Operasi’

Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini telah memanggil wakil Meta bagi mendapatkan penjelasan daripada platform tersebut mengenai isu terbabit selain menuntut permohonan maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meta Platform Inc (Meta) hari ini (6 Ogos) memohon maaf selepas memadam hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengucapkan takziah kepada pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh

Anwar memuat naik hantaran tersebut di akaun Facebook dan Instagram miliknya selepas Ismail dilaporkan syahid dalam satu serangan di kediamannya di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu.

Hantaran diturunkan kerana ‘kesilapan operasi’

Menurut jurucakap Meta kepada Reuters, perkara tersebut berlaku disebabkan ‘kesilapan operasi’ selain menyatakan hantaran terbabit sudah dikembalikan semula.

Difahamkan, syarikat gergasi media sosial dari Amerika Syarikat (AS) itu mengkategorikan Hamas sebagai ‘organisasi berbahaya’ dan melarang kandungan yang memuji kumpulan itu.

Ia menggunakan gabungan pengesanan automatik dan semakan manusia untuk menghapuskan atau melabelkan visual grafik.

PMO jumpa wakil Meta tuntut permohonan maaf serta penjelasan

Semalam (5 Ogos), Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah memanggil wakil Meta bagi mendapatkan penjelasan daripada platform tersebut mengenai isu terbabit.

Hasil penemuan itu, PMO menuntut Meta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan mereka yang menurunkan ucapan takziah Anwar terhadap pemimpin Hamas itu.

Malah, Meta turut dituntut untuk beri penjelasan terperinci atas tindakan mereka berbuat demikian.

Baca Artikel Berkaitan: Hantaran Di Facebook & Instagram PM Diturunkan, META Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka – PMO

Tiga kali hantaran Anwar dipadam Meta

Terdahulu, Anwar memuat naik video rakaman panggilan telefonnya bersama seorang pegawai Hamas di Facebook dan Instagram untuk menyampaikan ucapan takziah atas kematian Ismail selain mengecam serangan terbabit.

Beliau juga memuat naik gambar dari pertemuan terakhirnya dengan Ismail di Qatar pada bulan Mei lalu bersama mesej takziah, namun diturunkan oleh pihak Meta.

Tidak lama selepas itu, hantaran video panggilan telefonnya bersama pegawai Hamas terbabit juga dipadam kerana dianggap menunjukkan sokongan terhadap organisasi yang didakwa ‘berbahaya’.

Pada bulan Mei lalu, Meta turut berbuat perkara sama apabila memadam hantaran gambar pertemuan Anwar bersama pemimpin Hamas itu dan telah mengembalikannya semula dengan mendakwa ia dihapuskan secara tidak sengaja.

Tindakan Meta dilihat sebagai tidak adil dan menghalang kebebasan bersuara apabila Hamas yang berjuang untuk memerdekaan penduduk Gaza, Palestin di negara mereka sendiri dianggap sebagai ‘organisasi berbahaya’ sehingga menyekat segala jenis konten berkaitannya.

Sementara Israel yang merampas tanah Palestin dan bertindak kejam membunuh ribuan nyawa penduduk Gaza termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak tidak dianggap berbahaya, malah tiada sekatan konten dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Masuk Akal” – PM Selar Meta Selepas Videonya Kritik Pembunuhan Pemimpin Hamas Diturunkan

Baca Artikel Berkaitan: PMO Tuntut Penjelasan Selepas Meta Turunkan Foto Pertemuan Anwar Bersama Pemimpin Hamas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.