fbpx
Now Reading
Wanita Dipukul, Diugut Sembelih Selepas Perli Suami Mahu Bawa Isteri Pertama Bercuti Ke Cameron Highlands

Wanita Dipukul, Diugut Sembelih Selepas Perli Suami Mahu Bawa Isteri Pertama Bercuti Ke Cameron Highlands

Mangsa yang berusia 49 tahun mendakwa suspek memukul dan mengugut untuk membunuhnya selepas mereka bertengkar mengenai hasrat lelaki itu membawa madunya bercuti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehidupan sebagai suami isteri bukanlah sentiasa tenang dan bahagia. Ada ketikanya perjalanan sebuah rumah tangga penuh liku dan cabaran.

Tidak kira suami atau isteri, masing-masing dinasihatkan agar saling memahami antara satu sama lain serta sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian rumah tangga.

Namun, kadang kala ada hari di mana kesabaran seseorang itu diuji walaupun isu yang dihadapi hanyalah perkara kecil.

Dipukul & Diugut Sembelih Selepas Perli Suami

Itu yang dilakukan oleh seorang suami apabila dia memukul dan mengugut bunuh isteri keduanya selepas wanita itu memerli hasratnya untuk membawa isteri pertama pergi bercuti ke Cameron Highlands.

Tindakan lelaki yang bekerja pemandu lori itu akhirnya memakan diri apabila dia ditahan polis pada Ahad (4 Ogos) di rumahnya yang terletak di Bukit Katil, Melaka selepas laporan dibuat oleh wanita tersebut.

Merujuk Kosmo yang memetik sumber, mangsa yang berusia 49 tahun mendakwa suspek memukul dan mengugut untuk menyembelihnya selepas mereka bertengkar mengenai hasrat lelaki itu.

“Pertelingkahan berlaku apabila suspek memarahi mangsa supaya menjaga anak lelaki berusia lapan tahun kerana dia mahu membawa keluarga isteri pertama ke tempat peranginan itu.

“Jawapan mangsa bagaimanapun dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati suspek sebelum lelaki itu mengambil sebilah parang dan meletakkan pada lehernya,” katanya.

Heret & Campak Mangsa Ke Atas Katil

Suspek yang berusia 58 tahun kemudiannya menarik rambut dan mengheret mangsa masuk ke dalam bilik sebelum mencampak wanita itu ke atas katil dan perbuatan itu berlaku di hadapan anak mereka.

“Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mereka. Mangsa yang cedera berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut akibat serangan tersebut,” ujarnya.

Ketua Polis Melaka Sahkan Penangkapan

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit menjelaskan tangkapan dibuat oleh pegawai daripada Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka pada Ahad (4 Ogos) kira-kira jam 4 petang, lapor Malaysia Gazette.

“Polis merampas parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Ditolak Masuk Gaung Lepas Bertikam Lidah Dengan Suami, Berjaya Merangkak Naik Ke Bahu Jalan

Baca Artikel Berkaitan: Padah Pukul, Tendang & Ugut Isteri, Suami Durjana Diberkas Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.