fbpx

Khinzir Ketika Darurat Boleh Dimakan, Rasuah Dalam Apa Keadaan Haram – Ayob Khan [Video]

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, jika gejala tersebut mahu dihentikan, barisan pemimpin yang dipilih dan dilantik perlu bebas rasuah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara umumnya, rasuah merupakan satu penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan kepada individu untuk melakukan sesuatu. Lazimnya, ia datang dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit, hadiah, bonus, undi atau diskaun.

Rasuah bukanlah satu perbuatan yang baik kerana ia boleh menyebabkan seseorang menyalahguna kuasa yang ada hingga kadang kala boleh menganiaya orang lain.

Walaupun telah pelbagai cara diambil bagi mengekang gejala rasuah, hakikatnya ia amat sukar untuk dihapuskan.

Gejala Rasuah Perlu Dibanteras Di Peringkat Atasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, rasuah dalam sektor awam semakin berleluasa kerana pemimpin baharu yang dipilih sama seperti pemimpin terdahulu bagi memastikan kepentingan mereka terus terjaga.

Tambah beliau, jika gejala tersebut mahu dihentikan, barisan pemimpin yang dipilih dan dilantik perlu bebas rasuah.

“Kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah kalau boleh sebelum matilah.

“Itu kita perlu pastikan rasuah ini dibanteras. Pastikan pemimpin mahupun mereka yang dilantik, betul (tidak makan rasuah),” katanya.

Rasuah Merosakkan Negara & Beri Kesan Buruk Kepada Masyarakat

Jelas Ayob lagi, gejala rasuah perlu dihentikan segera kerana ia sememangnya boleh merosakkan negara dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, perbuatan itu hanya dapat dibanteras dengan lebih berkesan jika tindakan diambil di peringkat atasan terlebih dahulu.

“Yang bawah kita ambil tindakan tetapi jika yang atas diambil tindakan, yang bawah akan takut. Kalau atas biarkan, maka yang bawah akan bermaharajalela.

“Dalam aspek agama, kita akan rasa takut untuk ambil rasuah dan amat mendukacitakan orang Islam anggap rasuah seperti budaya, tidak salah.

“Inilah salah satu sebab sampai sekarang, rasuah adalah isu besar dan saya kategorikan sebagai musuh nombor satu negara. Jika dahulu dadah musuh nombor satu negara, sekarang rasuah,” katanya.

“Khinzir ketika darurat boleh dimakan, rasuah dalam apa keadaan haram,” katanya. 

Sebagai info, pada 2023, sebanyak 1137 tangkapan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi gejala ini melibatkan kumpulan penjawat awam, sama ada pengurusan tertinggi, pengurusan profesional, sokongan termasuk orang awam.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pegawai Kanan Polis Didakwa Terlibat Rasuah RM1.25 Juta Untuk Tutup Kes Beli Senjata Api

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Beri ‘Green Light’ Kepada SPRM Siasat Menteri & Pegawai Terlibat Dengan Rasuah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.